Crank Pulley Bergoyang / Wobble

Kali ni entry pasal kereta sket hehe... Aku tau ramai orang cari pasal topik ni.. Aku pon da berapa hari duk search dalam google pasal ni.. Banyak yang pelik-pelik aku jumpa.. Nak senang citer, aku pigi terus bengkel tanya..

Hari ni aku pigi repair kereta... Tak pigi keja... Aku ni memang tak tenang kalu kereta berbunyik... Bukan ape, biar repair terus masa rosak tengah sikit ni.. Nasihat pomen, kalau da rase nak rosak tu baik tukar terus, takut nanti berjangkit makin banyak, kos pon makin tinggi... Setuju!

Ok back to the subject..

Kenal sama itu CRANK PULLEY... Bukan CAM PULLEY... Tapi CRANK PULLEY... Tugas Crank Pulley ialah untuk memusingkan Alternator Belt dan Aircond Belt.. Rujuk Gambar di bawah... Ini lah Crank Pulley.. Die jenis yang 2 lapis tu... Bukan 1 lapis.. 1 lapis ialah CAM pulley..

Credit to http://www.ebbsnflows.cz28.com/photo4.html
Nak dijadikan cerita, aku punya Engine berbunyik nyaring je... Kadang-kadang bunyik cam gelas kaca berlaga... Bila bukak Bonet tengok, aku punya Crank Pulley bergoyang... Sebenarnya memang normal la kalau crank pulley ni bergoyang, tapi sikit je.. Kalau tengok, macam takde la goyang sangat, tu normal.. Tapi aku punya kes, goyang da amat kuat...

For additional information, kalau tak ditukar pulley yang goyang nye kuat macam goyang inul daratista ini hehehe, ia boleh menyebabkan Crank Pulley pecah, atau Rod yang memegang pulley bengkok.. Lagi teruk jika Shaft di dalam patah atau bengkok.. Boleh menyebabkan kos menjadi Riban Riban la kalau mau repair...

Ni Contoh goyang Crank Pulley yang da teruk :


Bile goyangan da makin teruk, ia akan menghasilkan bunyi yang tak best terutamanya bila aircond dibukak... Sakit telinge wooo...

Untuk pengetahuan korang, biler nampak je Crank Pulley bergoyang ngan teruk, Sile berjumpa dengan Pomen dengan kadar yang segera...Takyah duk percaya la dengan citer skru longgar la, rod bengkok ke, atau check getah damper (Getah kat tengah kaler hitam tu).. Kerana sesungguhnya jawapannya hanya satu, TUkar CRANK PULLEY dan bunyi tersebut akan hilang sekelip mata.. Tu pon kalau goyangngan yang bukan kes nazak la... Kalau goyangan nazak korang suruh pomen check lah.. Mungkin da teruk sampai barang dalam bengkok dan patah atau pecah.. Sebab da biar lama sangat pulley tu bergoyang...

Ada berbagai jenis Crank Pulley di pasaran... Ada yang mengandungi getah damper, ada yang tiada, dan ada yang jenis Aluminium Light.. Tengok gambar di bawah untuk Jenis Crank Pulley :

Yang kaler hitam kat tengah tu adalah Getah Damper

Jenis Takdak Damper

Takdak Damper.. Jenis Aluminium

Takdak Damper Jenis Aluminium
Beza antara ada damper ngan takdak ni mengikut kehendak masing masing... Ada orang kata, kalau ada Damper lagi bagus sebab menyerap vibration.. Ada orang kata takyah pakai yang ada Damper untuk Crank Pulley tahan lebih lama dari jadi Goyang semula.. Kalau jenis Aluminium ni orang kata untuk tambah pick up dan boleh racing... Tapi Pomen tu cakap jenis ni tak tahan lama, stahun je bole lah...

Jadi aku beli yang yang jenis ada Damper punya, sebijik macam yang aku da pakai sekarang... Bukan ape, aku takut kalau pakai jenis Aluminium takde damper ni takut jadi lain lak engine.. SO aku tak berani nak tukar.. AKu pakai jenis OEM je.. Stended untuk keta aku...

Tempoh masa untuk tukar Crank Pulley ni dalam Stengah Jam je.. bergantung barang ade ke takde... Macam aku, kene tunggu dekat dua jam jugak la sebab barang takdak.. Kena pi carik... Harga pulak bergantung pada situasi..

Macam kes aku ni, aku ada member spare part dan jugak member Pomen bengkel... Jadi aku dapat agak murah.. Crank Pulley member aku pi rempit carik kat kedai spare part, Tang pasang lak member woksop aku uruskan.. Harga nya harap maaf aku takleh bagitau la, bukan ape, takut korang pakai harga aku pulak bila pigi woksop.. Bergaduh kang korang ngan workshop tu.. Aku pakai member member takpe hehehe...

Jadi kesabaran aku menunggu di workshop tersebut berbaloi.. Tiada lagi bunyi yang menyakitkan telinga... Crank Pulley tetap bergoyang, tetapi dalam keadaan normal.. Sikitttt je goyangan dia.. Bukan macam video di atas..

Jadi nasihat aku kepada korang, kalau da nampak Crank Pulley tu goyang, pigi la tukar.. Aku jamin, kalau pakai OEM stended Crank Pulley (yang sama macam keter korang sekarang) tambah charge Pomen workshop, tak sampai pon RM300... Tapi kalau korang biarkan je Pulley tu bergoyang dan tetiba pecah atau rod bengkok dan sebagainya, standyby lah dalam RM3000 ke 4000 ringgit sebab kene bukak abis engine.. Baik Ratus la dari RIBUUUU...

Kalau nak pakai Crank Pulley jenis Aluminium (Branded punya cam Jasma, ZerOne, Mythology, Works dan sebagainya), standby la dalam RM500 ke RM1000... Ikut citarasa korang la...
Kalau kenai pomen lagi baguih,.. Tanya dorang dulu... Tapi untuk kepastian, rajin rajin la search google...
Sekian terima kasih..


Nota Kaki : Keadaan ini bergantung kepada Jenis Kereta... Tidak Semua Kereta akan mengalami situasi seperti ini, dan perlu di baiki seperti di atas.. Harap Maklum...

SeLamaT MenYamBut HaRi RaYa AidiLFitre

Assalamualaikum kepada Pengunjung, Pelawat, Dan Sahabat Blog KerTas A4

Dengan ini saya mengucapkan Selamat HaRi Raya AidilFitri kepada anda semua. Mohon Maaf Zahir Dan Batin. Andai tersilap dan terkasar bahasa, sesungguhnya kelemahan itu dari saya dan Kebaikan itu Dari Allah Taala.

Selamat menyambut Hari Raya, 
Berhati hati di Jalan Raya, 
Kerahkan tentera mengutip duit Raya, 
Jangan Sampai jadi Macam Hantu Raya....

Hehe....

Tak Sabar Nye Nak Balik Raya!

Credit to www.KartunisUbi.com

WuUUuuuUuu tak sabarrr nyeeee nak balik Kamponggg! 4 hari je lagiiiii!

Korang berapa hari lagi nak balik kampung hehehe :-)



Adsense = Binatang Ekor Pender

Assalamualaikum

Salam Ramadhan rakan blogers!

Tengok tajuk tu.... Bukan mau provokasi.. Tapi mau sensasi hahaharharhahar!

Mase aku nak login akaun blog...tetibe terpandang kat belah tepi.... wahhhh! Cube tengok gambar di bawah!

Tengok dalam bulatan merah... anak panah tuuuu
Haaa... ape korang nampak... Adsense = ****

hahahhaha... hahahhaha... hahahhaha... hahahhaharammm!

Rindunya Kamponggg Halaman

Aku balik kampong 4/8/2011.. Tu yang sunyi blog ni.. 8/8/2011 baru balik Damansara semula. Tu pon kul 11 malam semalam baru sampai umah.. Drive sorang sorang... racing sorang sorang...

"Mane wife aku?"

Lupe nak bgtau rakan-rakan blog, wife aku da 2 bulan kat kampung hehehe... Aku da dapat sorang cahaya mata yang comel macam papa nyer... Baby Gurl...Dilahirkan pada tarikh yang sama masa aku bersanding dulu.. Kira planning cannnnteeeekkk punyaa hahaha... So untuk penghargaan wife aku yang da menanggung 9 bulan kandungan, aku bagi dia berehat di kampung sampai hari raya hahahahah! Baik kan aku ni :p

Rindunya aku pada my wife, my baby gurl, my parent... Semuanya di kampong halaman... huuuuuuuuuuuuuuu

SeLamaT MejaLani IbaDah PuaSa

Assalamualaikum

Dengan ini, saya, KertaS A4 mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada Semua BloGGers dan PeLaWat KerTas A4 BloG ini.. Semoga RamaDhan Kali Ini MemBeri Kita PelbaGai HikMah dan KeBerKatan.. Insya Allah..

Puasa Jangan tak Puasa yeerrrr... Kecuali uZur hehehe :)

Pinjam Gambor Yee TUan Blog... Comel Gambarnye hehehe!

Kegawatan Ekonomi 2011 Bakal Berlaku?

Assalamualaikum

Wah, cukup mengejutkan apabila aku mendapat berita berkenaan kegawatan ekonomi bakal berlaku dimana ia bermula pada 2 OGOS 2011????????!!!!!

Berita ni aku dapat dari abang aku melalui sebuah laman web seperti di bawah:

http://ributemas.izzman.com/2011/07/29/2-ogos-2011-krisis-ekonomi-berlaku/

Menurut laman web tersebut, perkara ini telah mula dibincang dan dikaji secara meluas oleh laman web barat... Mungkin korang sendiri boleh search kat Google berkenaan kegawatan ekonomi 2011 ni..

Punca utama adalah kerana Amerika kini menanggung hutang berbilion dollar dan tidak mampu membayarnya.. HuuuuUuuu... agak gerun dengan keaadaan macam ni.. Masih aku teringat kegawatan ekonomi 1998-1999, kemudian 2004-2005...

Tapi kesahihan berita tidak dapat dipastikan... Walaubagaimanapon, sediakan payung sebelum hujan.. elakkan Boros... Mula menyimpan Wang...

Ya Allah, jauhilah kami dari kemiskinan, jauhilah kami dari malapetaka, dan Jika musibah menimpa, Kau tabahkan lah hati kami Ya Allah, janganlah Kau palingkan hati kami dari beriman kepada mu Ya Allah... Aminn...

Tambahan info aku baru jumpa : 

Kerajaan telah membekukan pengambilan/Pengisian Jawatan Kerajaan! Korang boleh merujuk kepada laman Web JMC pada posting bertarikh 27 Julai 2011 :-

http://jmc-kotabharu.blogspot.com/ 


Adakah ini kebetulan????? Kenapa kerajaan membekukan pengambilan pekerja??? Adakah kegawatan ekonomi benar benar akan berlaku??? Sebab kalau amik lagi pekerja maka kos gaji akan bertambah! Aduhh... Takut niii....

Beat It (MJ) VS Kau BiDin!!!!!


Assalamualaikum dan Selamat Hari Ahad

Tengah surfing internet tetibe jumpe video klip ni pulak... kelakar hahahah!

Lagu Dari Micheal Jackson "Beat It" di ubah kepada Bahasa Melayu...

Layannn!

Micheal Jackson "Beat It



Ditukar ke Bahasa Melayu

Kau Bidin!!!!


Tahniah Bersih! Tahniah Patriot!

Assalamualaikum all!

First of all, sorry lama tak berblogging... Kerja banyak maaaa! However, thanks for friends yang masih sudi menjenguk Kertas A4 walaupon da lebih 3 bulan tak beroperasi.... Thank you so Much!

Jadi di kala kehangatan perhimpunan baru-baru ni di Kuala Lumpur, nak jugak aku bercerita mengenainya... Feel so excited wooo!

Jadi tahniah diucapkan kepada Peserta Bersih!... tak dilupakan juga kepada Peserta Patriot!

Why ucap tahniah??? Kat mereka berdua yang berlainan ideologi pulak tuh!!

Sebab, mereka berani menyuarakan pendapat masing-masing! Bersih dengan ideologi dan tuntutannya, Patriot dengan ideologi nya juga! Kita yang duk kat rumah asyik pot pet pot pet komplen kata mereka menyusahkan orang ramai... Well, kalau korang nak marah sangat kat Bersih, join la Patriot! Kalau korang nak menyuarakan hak korang kepada Kerajaan, joinlah Bersih... No need to complain what so ever lah! Better Keep SHut Up!

Lupakah anda suatu ketika dahulu ketika zaman penjajahan British dan Jepon ke atas tanah melayu... CUba korang bayangkan kalau lah sikap dan pemikiran korang seperti sekarang... " Tak payahlah nak lawan tentera British and Jepon, wat ape, nyusahkan keluarga kita je. Nanti dorang cari kita pukul and bunuh kita"... So korang rasa tercapaikah kemerdekaan kita tanpa turunnya pahlawan melayu seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Tok Bahaman dan sebagainya yang menentang kezaliman dan melindungi penduduk... Mereka juga bukan turun berseorangan... Mereka berkumpulan... Jika lah Bapa Kemerdekaan kita Tunku Abdul Rahman berfikiran seperti anda sekarang " tak payahlah tuntut kemerdekaan, biaq pi la British Jaga kitaa... Watpa nak nyusahkan diri sendiri".. ANda rasa tercapaikan kemerdekaan tersebut!

Mungkin anda akan kata tu duluuuuuuuu! Sekarang Lainnn! Well, adakah anda nak cakap tak payah nak mengikuti cara pemerintahan yang diamalkan di zaman Rasulullah S.A.W dan juga para Sahabat? Tu pun dulu jugak kann! Jika seperti keadaan sekarang, maka secara personal jugak aku tidak mau menanggung kenaikan harga minyak, harga elektrik, harga gula dan seangkatan dengannya...

" Tapi minyak ikut harga dunia maa!"

Hello! As far as i'm concern, kerajaan mengatakan subsidi minyak dikurangkan bagi mengelakkan golongan rakyat Malaysia yang dah lama dimanjakan dengan Subsidi ok! So bila subsidi dikurangkan, harga minyak naik lorh! Mereka tak perlu dimanjakan, tapi mereka perlu kenaikan gaji yang setaraf dengan kenaikan harga barang tersebut larh! But, berapa kerat sangat rakyat Malaysia ni yang gaji more than RM3000...  Lagi ramai yang bawah dari tu...

Alamak da melalut sikit... Hehe...So tak perlu la nak komplen sana sini... Bukan 500 orang yang menuntut... Hampir 40,000 yang menuntut di atas jalan raya tersebut larh! Tu pon sebab sekatan yang hebat oleh pihak Berkuasa... kalau tak huuuuu... Cannot Imagine...

AKu tidak kata menyokong Bersih mahupun Patriot! But aku kagum dengan semangat mereka yang berani...! This is what we need...  Not Layan cerita Jiwang karat lembik hati cairr badan pon lembik! Sorry ar kalau terasa! Har har har! Kalau lah ditakdirkan negara diserang, mereka ini lah yang berhati kental untuk turun berperang... They are so Brave ok!

Tapi aku tak kate yang duk rumah tuk tak berani ok! Maybe mereka belum bersuara... Orang kata belom sedar lagi.. Tapi aku kata yang pot pet pot pet membebel tu adalah seekor makhluk yang mementingkan diri sendiri tanpa memahami hasrat orang lain... Is it true harr! Nak jaga perasaan hang sendiri  ja! Hang takpa kaya! Reti nak shopping ja! har har har!

Sebelum wisel penamat... Mari layan gambar di bawah larh!

Peserta Bersih

Chinese Aunty ni Sangat Tua... But Semangat Tinggi... Kesian.. Di fire oleh Pasukan Keselamatan
Teresak-esak nanges... Mata Pedih Woooo... Tapi bole Jalan lagi

Wah! Mamat Melayu ini membantu Aunty Chinese Ini...this is real 1 Malaysia ok!

Peserta Patriot

Wah.. Gasak pasukan Keselamatan ye bang! So brave with your ideology! Lawan Bang Lawan!

Even Ketua Pemuda Umno Join Patriot! Kene tangkap! Stand for what you believe! Nice one!

Thanks for reading... No hard Feeling... Just Say what I'm Thinking! Yeah!

Memperbetulkan Bacaan Selawat

Assalamualaikum kembali

Sory la kepada rakan-rakan blogger yang bertanya, beberapa hari ni memang aku amat busy dengan kerja sekolah office, jadi kekadang tak nyempat nak berhibur di blog korang.. Sepuluh hengget jari  dihulur meminta kemaafan heheheh :p

Untuk posting kali ni, aku ingin menasihati diri sendiri, dan rakan-rakan sekalian agar memperbetulkan bacaan selawat yang biasanya dilafaz ketika tahyat awal dan juga tahyat akhir. Kepada mereka yang telah sedia maklum mengenai perkara ini, syabas diucapkan! Alhamdulillah! Sebelum itu, sekali lagi posting ini adalah dari aku (Kertas A4) sendiri, bukan copy paste dari orang lain!

Apa yang perlu dibetulkan dalam bacaan selawat tersebut?

Iaitu perkataan Saidina... Ada di kalangan kita yang berselawat " Allahumma Solli Ala Saidina Muhammad Waala Ali Saidina Muhammad" Penggunaan "Saidina" adalah tidak salah, tetapi untuk pengetahuan kalian, sebutannya adalah SALAH!

Sebutan mengikut tulisan jawi yang betul adalah huruf "YA" yang "BERSABDU" bukan "MATI"...  Sebutan SAIDINA adalah penggunaan huruf "YA" yang dimatikan bunyinya.. Sebutan yang betul adalah "SAYYIDINA"

Bunyi penuh adalah seperti ini " Allahumma Solli Ala SAYYIDINA Muhammad Wa Ala Ali SAYYIDINA Muhammad".

Jadi renungkanlah aktiviti solat kita... Adakah kita telah melakukan kesalahan sebutan ini di sepanjang kehidupan kita sehingga hari ini? Beristighfarlah, sesungguhnya tidak Allah S.W.T jadikan orang Islam yang beriman itu bersaudara, kecuali untuk mengingatkan antara satu sama lain.

Bagi aku sendiri, aku tidak menggunakan perkataan SAYYIDINA sebagai tambahan di tahyat awal dan akhir. Penggunaan SAYYIDINA adalah bermaksud PENGHULUKU. Jadi jika ragu-ragu di atas penggunaanya, maka kembalilah kepada asalnya.

Apa pula maksud Saidina... Maksudnya ialah game yang korang main macam "Jutaria" tu, yang beli tanah, buat rumah dan hotel, lontar dadu, ada "Chances", ada "Fate", ada "Jail"  hehehehehehehe...

Sebagai tambahan, selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W ada banyak hikmahnya. Berselawat lah selalu terutamanya sebelum Bersolat dan sesudah Bersolat. Sesungguhnya orang yang banyak berselawat akan dibantu oleh Nabi Muhammad S.A.W di akhirat kelak. Renungkanlah betapa besar hikmahnya di Dunia dan di Akhirat Kelak.

Sekian...

Amalan Setiap Malam Jumaat

Assalamualaikum

First of all, terima kasih kepada korang semua di atas komen yang diberikan kepada entry sebelum ini (Amalkanlah Ayat Ini ). AKu harap korang akan senantiasa mengamalkannya.. Insya Allah.

Amalan seterusnya yang ingin aku kongsi ialah Bacalah Surah Yaasin di malam Jumaat dan amalkanlah selalu di malam tersebut. Sekali lagi, ini adalah original posting aku (Kertas A4) dan bukannya copy paste dari mana-mana pihak.


Kenapa kene baca malam tersebut?

Biasanya orang kaitkan bacaan Surah Yaasin malam Jumaat adalah bertujuan untuk disedekahkan kepada Saudara Mara atau Ahli Keluarga kita yang telah kembali ke sisi Allah S.W.T. Ini adalah betul dan tepat. Tetapi aku sarankan agar korang menambahkan niat untuk disedekahkan kepada mereka-mereka di bawah ini sebelum memulakan bacaan surah Yaasin di Malam Jumaat (Biasanya selepas Solat Maghrib). Antaranya ialah:

1. Nabi Muhammad S.A.W dan ahli keluarganya
2. Nabi Ibrahim A.S dan ahli keluarganya
3. Nabi-nabi dan Rasul-Rasul sebelum Nabi Muhammad S.A.W dan ahli keluarga mereka
4. Kepada Para Malaikat-malaikat
5. Kepada para Sahabat Nabi Muhammad S.A.W
6. Kepada Roh-Roh yang syahid di jalan Allah S.W.T
7. Kepada Roh Moyang, Datuk dan Nenek kita
8. Kepada Roh Ibu dan Bapa kita (Jika mereka telah meninggal)
9. Kepada Roh ahli keluarga kita (Jika mereka telah meninggal)
10. Kepada Roh Saudara Mara kita
11. Kepada Roh Guru-guru kita
12. Kepada Roh Rakan-rakan kita
13. Kepada Roh kaum muslimin dan Muslimat
14. Lastly dengan harapan mereka semua dirahmati oleh Allah S.W.T

Kenapa Nabi Muhammad S.A.W dan Nabi Ibrahim A.S didahulukan?

Seperti mana tahyat awal dan tahyat akhir kita di dalam solat, dimana kita berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W dan juga Nabi Ibrahim A.S.

Antara kelebihan yang baik untuk korang yang membaca Surah Yaasin pada malam Jumaat ialah, Insya Allah korang akan selamat untuk tempoh waktu 1 minggu sebelum tiba malam Jumaat seterusnya. Jangan tanya aku selamat dari aspek apa, kerana itu adalah di bawah Pengetahuan Allah S.W.T. Aku hanya boleh memberitahu setakat itu sahaja. Kita amalkan, Insya Allah, Allah S.W.T menentukan.

Janji Allah S.W.T itu pasti berlaku dan benar!

Sekian, selamat beramal dan sampaikanlah kepada saudara seagama kita yang lain. Insya Allah.

Amalkanlah Ayat Ini

Assalamualaikum

Ini adalah posting original dari aku sendiri (Kertas A4). Bukan copy paste dari mana-mana pihak.

Pesanan ku kepada saudara seagama ku, amalkan lah Ayat Kursi (Surah Al-Baqarah ayat 255) setelah selesai sembahyang solat fardhu (sebelum atau selepas doa).


Sila memahami setiap makna ayat tersebut seperti mana di atas. Tak susah nak hafal makna. Telah 1 tahun aku mengamalkan surah ini, iaitu setiap hari dan setiap solat fardhu. Alhamdulillah, Allah S.W.T memperlihatkan kekuasaan-Nya yang meliputi langit dan bumi. Tujuan aku berkongsi ialah, inilah salah satu bekalan yang akan ku bawa ke akhirat kelak, ilmu yang diajar dan diamalkan oleh orang lain.

Anda akan diduga untuk sentiasa kekal mengamalkan surah ini (aku takleh terangkan bentuk dugaan, korang buat, baru korang tau dugaan tersebut). Tapi yang amat pasti, dugaan tersebut tidak lain dan tidak bukan, hasutan dan bisikan Syaitan Laknatullah. Aku yakin, korang pasti dapat mengekalkan amalan ini dan Insya Allah, korang akan dapat merasakan apa yang aku rasa... Mungkin lagi lebih dari aku.. Allah itu Maha Berkuasa.

Amalkanlah dan sebarkanlah jika anda yakin pada Kitabullah...Al-Quran Nur Karim...Insya Allah....
Mari lah sama sama kita buat Syaitan membenci kita... bukan menyayangi kita...

Pengalaman Berjumpa Makhluk Halus

Haaaaa! Paham ape maksud halus tu... Alalala wat tak paham pulak...Syaitan ngan Jin laaa... Aku pon teringin nak berkongsi pengalaman ni lepas baca artikel Kak Nora Beraura tadi hehehehehe...

Okay! Citer die begini.... Mase aku study dulu, aku duk Pangsapuri tingkat 11 kat belakang batu cave.

Alkisah ceritanya berlaku pada waktu pagi (lebih kurang pukol 7.30 pagi).. Time tu aku masih lagi tidor dan telah terlajak waktu sembahyang Subuh (Astaghfirullah Hal Azim).. Bukan sengaja... terlajakkkk tidor sebab penat....

Dalam waktu ketiduran aku tu, tetibe aku terasa seolah olah perut aku dicucuk dengan jari... Cuba korang cucuk perut korang dengan jari...cantu la rasanya... Makin lama makin kuat dicucuknye perut aku... Bile aku mencelikkan mata, sekali bukak masih loklaq lagi... dua kali bukak... aku ternampak sesuatu kat hujung kaki aku... Mende tu dalam keadaan merangkak dan transparent (maksud die tembuih nampak dinding la)... Ape yang sempat aku lihat ialah, susuk makhluk berkain putih dan berambut panjang menutupi muka sedang merangkak dalam keadaan sisi, bukan berhadapan menghadap aku...

Aku pejam mata dan celik kali ketiga, mende tu dah takde... Terus aku bangun... Aku bingung! (Bukan Bengong yee!) Sekali lagi...aku bingung.. Apekah mende itu... Mencucuk perutku dikala aku sah sah terlajak Subuh... AKu memang tak tau... Dengan rambut yang panjang... Ishh..tak leh nak agak... Tapi apa yang pasti, mende tu marah aku tak semayang SUbuh lagi... Lalu terus ku bangun dan memulakan Subuh gajah yang tidak disengajakan (hehhehehe,,,, )

AKu rahsiakan mende ni dari pengetahuan Housmate.. Bukan ape...takut dorang cuak.. sebab kami duk sebilik seorang... Kang berpindah ramei ramei lak hehehe... Beberapa bulan lepas tu, aku minta  pendapat rakan yang ada ilmu sket la.. Aku terangkan ciri-cirinya... Bila aku kata "transparent", teruih dia kata.. "haa btui la tu". Cuma tak tau menda apa.. Pada pukul 7.30 pagi pulak tuh?

Apapon, aku tak pernah gentar untuk tidor dalam bilik aku tuh... Tu la salah satu pengalaman aku berjumpa secara dekat... Taknak bercerita panjang panjang... nanti korang malas nak bace...ngeeee..

Sekian!

Tambahan : Dikala aku sedang menulis ni pada 23/2/2011 pukul 11.05 malam, tetiba TV1 jadi heng, jadi blank... sampai 11.21PM dah ada gambor...tapi takde suara... Fikir Fikir FIkir Fikir .......

Pencarian Blog Paling Hensem Dan Cantik 2011



Hiarghhh! Kali ni aku telah di tagged oleh Cik Waalllaaa! untuk menjoinkan diri ke dalam contest anjuran En Luncai yang Hensem Bergayey! HeHeHe!


Aku mau join kategori Blog Hensem ngeheheheheheh! Ok...Ini lah syarat-syarat yang dikenakan oleh beliau:

1.Buat entri bertajuk : Pencarian Blog Paling Hensem Dan Cantik 2011
Sentelllll Bro! 
 
2.Letak Header Hikayat Si Luncai

 Sentelllll Bro! 
 
3.Jadi follower blog ni. (taknak follow pun takpe..tiada paksaan)

 Sentelllll Bro!
 
4.Tag seorang rakan blogger lelaki dan seorang rakan blogger perempuan. (nak tag ramai pun boleh.)

1. Princess Laila aka Mek...hehe...hehe 
2. En Komandthetypewritter aka tedy bear 
 Sentelllll Bro! 

 
5.Pastu postkan link entri korang ke ruangan komen entri ni

 Sentelllll Bro!  
 
6.Blog-blog yang join segmen ni luncai akan masukkan dalam bloglist dekat sidebar

 Ko Sentelllllkan Bro! 

7.Pemenang akan luncai promote blog dalam sticky post selama 1 minggu
 Ko Sentelllllkan Bro!   
 
8.Tarikh tutup 28 Feb 2011 / 11:59 PM

 Ko Sentelllllkan Bro!  


yesssshhhhhhhhhhhhhhhaaaa!

*cool wif sunglass!*

Hiaaaah! Da tengok Title tu..Menarik kan.. Kali ni aku join Give Away pertama anjuran Pinky Momma . Thanks for inviting me hehehe! Berikut adalah Banner nyer:





Okey.. Syarat-syarat yang ditetapkan oleh Pinky Momma untuk menyertai GA ini adalah seperti berikut:

* mesti ada blog
Ade..Setel!

* be ths blog follower
Sudah...Setel!

* and my contest blog as well
Sudah...Setel!

* put ths banner in ur entry & side bar too
Sudah...Setel!

(make sure both must b link back to ths page)
Sudah...Setel!

* buat 1 entry wif da title *cool wif sunglass!*
(1 pic pakai sunglass je ok..xmo banyak2)(ori or edited pic smua i terima)


Sudah...Setel!

* tag 2 fwens at least
Sudah...Setel!

* yg msk ga ni pls inform me sape yg tag uols k..
bg id follower dia
(sbb org yg mengetag pun akn dpt hadiah)
Takde tag.. Sindiri join. Ngeheheh

* link kan entry anda smua kat entry ni jer ok
Sudah...Setel!

* tarikh tutup : 19 march 2011
(sempena my dad bday)
Owner GA Setelkan

hadiah???
sumthing yg kawaiii =)
1. utk yg join contest
2. org yg mengetag pemenang (id follower dperlukan)

GA akan terbatal scra rasmi sekiranya penyertaan di bawah 10
so ajak kawan ramai2 join..

Ok! slamat menyertai... Yeeeeshhhhhhhhhhh!

Pencarian 10 Blog Tercantik Pilihan Blogger 2011

Yesh! Aku sekali lagi telah menjerumuskan diri ke dalam kontes anjuran Para Blogger.. Kali ini Kontes diberi nama  Pencarian 10 Blog Tercantik Pilihan Blogger 2011 anjuran 2DAYBLOGGER yang hensem lagi bergaya.. Terima kaseeyyyy diucapkan kepada Encik Luncai kerana telah Men-Tagged-Kan aku untuk turut same menjerumuskan diri ke dalam kontes ini..


make a gif


PERKARA YANG PERLU KORANG BUAT:-

1.Buatkan satu entri mengenai aktiviti Pencarian 10 Blog Tercantik Pilihan Blogger 2011 untuk mempelawa rakan korang vote blog korang.
Sentel Bro!

2.Letakkan Link entri berkenaan di bahagian komen.
Sentel Bro!

3.Jadi Follower blog 2DayBlogger.Com(Korang takkan menyesal follow blog ini.I swear)
Sentel Bro!

4.Tag 3 orang kawan blogger anda(Jika korang rajin je lah =)).-Tiada paksaan..hehe
   i. Cik Waalllaaa!
  ii. Cik RiRiLiCOus
 iii. KaK NoRa
Sentel Bro!

5. Tarikh tutup adalah pada 28/februari/2011
Lu Sentel Kan lah Bro!.. Kekekek 

Yesh!

Penipuan Online Banking Kembali!

Hari ni aku terime e-mail dari seekor mangkok ayon yang cube untuk mendapatkan maklumat bank... Penipuan ni da lame berlaku sebenarnye, tapi nampak gaya cuba aktif kembali..

Sasaran mereka adalah pengguna Online Banking atau Internet Banking... Cube tengok e-mail yang aku dapat ni:


Modus operandi mereka ialah untuk mendapatkan nombor rahsia TAC. Selepas mengisi maklumat dan memberikan TAC, mereka akan log in akaun bank anda, dan mencurik duit anda berbekalkan TAC yang telah dibekalkan oleh anda.. Maka tertipulah anda...Dan... Menangislah anda....

Diharap anda tidak terpedaya dengan taktik mangkok mangkok ini... Sila ingat, tiada pihak yang boleh memohon maklumat rahsia Bank dari anda... Jika melalui talipon sekalipon... die harus memberitahu anda untuk datang ke bank berdekatan untuk menyelesaikannya... Bukan menyelesaikan di dalam talipon.. Kecuali anda menalipon customer service dorang.. tu takpe...

Ingat! Jangan Terpedayaa! Nanti... Menyesall!

Menarik KhutBah JumaaT 11/2/2011

Hari ni khutbah bertajuk Valentine Day atau Hari Kekasih.

Tok imam berkata..... Hari Valentine atau Hari Kekasih adalah...

HARAM!


HARAM!


HARAM!

Jadi paham paham lerrr... Jangan buat derkkk jeeek... Yang haram tetap haram... Pigi nikah dan kawin dulu.. Pastu nak berkasih sayang macam mane pon lantak lu lerrr... Tapi yang biasa berlaku, lepas kawen ni takde pulak disambut hari berkenaan yerk... Sambutan ulang tahun nikah pon lupe jugak yek... Tu la yang wife duk bising bising tu kan!
 Jadi..same same la kita membanteras gejala sosial yang tidak sihat.. Elakkan anak luar nikah! Tok imam tu kate jumlah anak luar nikah dari 2003-2008 berjumlah 275,000 orang.... ???????!!!!!!!! WHAT THE?????


Sekian...
 

Busy,,, Terlalu Busy.... Busy Gilaaaa!

Huooooooowwww! 

Sori ar rakan-rakan sekalian alam, aku terlampau busy dengan keje... Tak nyempat nak wat post baru yang lebih menarik... Apepon, aku selalu melawat page korang semua (yang ade entry baru tuuuu) hehehe... Dalam busy berkerja, untuk santai jap bleh la aku pigi blog korang time keje tuu... Korang memang rajin dalam aktibiti blog ni... hehe.. tahniah tahniah...!

Nanti agak-agak da tenang, bleh la kita beramas mesra...opps...beramah mesra...hehe...hehe.. hehe!

Heppi blogging...jangan lupakan blogku di dalam blogmu...kekekekekekekekekeke!


Tambahan: Supplier aku ade bagitau, pada 17-19hb Februari ini akan diadakan MTE (Malaysian Technolgy Expotion) di KLCC... University akan menunjukkan teknologi baru yang dihasilkan oleh mereka.. AKu mungkin akan pigi kesana untuk tengok apa budak budak ni da buat untuk menghancorkan dunia ini...kakakak...kakakka... jangan mareee!... nanti kene jual!

aku, dia & vintage photo contest

Aku telah berjaya menjerumuskan diri ke dalam kontes anjuran Kamarukom yang hensem dan bergaya (bodek sikit la). Berikut adalah maklumatnye:

aku, dia & vintage
http://komandthetypewriter.blogspot.com/
n ini syarat nye okey~
1)itu gmbaq cmna pun talak kesah jnji edit kasi nmpk vintage n oldskul n oliginal dr anda
**ade muke sndri lg bgus, so keoriginalitian trjage**
2)letak kan skali gmbr asal   **update**
3)boleh lbih dr 1 but only da best akn di judge
**if ciplak, disqualify okey**
abes simple leh gune on9 editor mcm picnik tau!

4)buat entry psl contest ini link kan ke sini wokey ye amoi apek....
5)folo ini belog...
6)letak ini banner kat lu punya sidebar pstu link kan ke entry wa ni okey <<--xreti xpela kot f(o_0)
7)post link anda kat komen bwh ni ye...
8)tag itu 3 atau lebih lu punya kawan2...
9)tamat tempoh smpai itu 12 MAC 2011 wokey...
**b4 wa blk msia nk end kan contest**

Haa! Best kan.. Kalau nak tau adiah sila la ke blog En kamarukom yang kacak dan hensem (bodek lagi)..

Ok.. Ini gambar dari aku...hehehehehehehe!


Ini gambar original...Takde ciplak punya...Gambar aku kawen ni..


 heehehHHeehEhEHeHehEH... Begitulah taruhan gambar dari aku.. Aku tag kan konco-konco berikut:


Selamat menilai wahai panel juri yang hensem, kacak, tampan, segak dan bergayey! (Bodekk gilaaa!)..

Ngahahahahhahah!

Cuti Cuti Cuti!

Oleh kerana faktor yang tak dapat dielakkan, aku telah memohon kerja sparuh hari pada hari ni, dan cuti sepenuhnya pada besok hari...

Hehehe... Balik Kampongggg ho ho ho Balik kampongggg...Yehhhaaa..!

Yeehhaa! Yeehhhaa! Yeehhaa! (spastik la pulak ngehehe )

Tambahan: Aku tak online hari ni start pukul 1.00 pm hingga besok hari.... Sebab nak kene pegang stereng kete drive balik kampong..Kepada mereka yang mem follow aku, aku akan memfollow korang balik pada esok hari yeeeeee...! Selamat Bercuti!  :p

Kempen Menderma Anak Anak Yatim

Kalau korang perasan kat sidebar belah kiri blog aku ni, ada iklan Menderma Anak Yatim Wardatul Jannah.. Anak-Anak Yatim wardatul Jannah ni berpusat di Kota Damansara selangor.

Skang ni, bahagian pengurusan Wardatul Jannah mengadakan kerjasama dengan Mc Donald untuk kempen menderma anak yatim tersebut. Iklan tersebut seperti dibawah:

Iklan Menderma Mc D-Wardatul Jannah

make avatar
Jadi kepada mereka yang diluar sana, ringan kan tangan untuk menarik wallet dari seluar atau handbag, ringankan tangan menekan kebod untuk membuka online banking, ringankan tangan menderma kepada mereka.. Besar pahala kita menderma kepada Anak-anak yatim ni.. Walaupon seringgit, tapi pahala nya besar di sisi Allah S.W.T. Hanya Dia yang Maha Mengetahui dan Maha Pemurah.

Sekian, Selamat Menderma!

Tambahan: Kempen menderma ini adalah untuk anak-anak Yatim..Bukan dituju khas untuk sesiapa sahaja yang bernama Yatim...heheheh... Jangan Mareee :p

Rezeki Hari Ini

Tengah hari tadi aku dapat SMS dari Datin *** ****** a.k.a CEO kampeni tempat aku berkerja. SMS yang membuatkan mate aku bersinar-sinar dan hati berdebar-debar riang.

SMS tu berbunyi lebih kurang macam ni " Selepas perbincang bersama MD (Managing Director) dan Superiors, Kampeni akan menaikkan gaji anda kepada ****.**.. Oleh kerana gaji bulan Januari telah di-bank in kan, jadi kampeni akan memasukkan balance kenaikan untuk Januari kepada Gaji Bulan Februari.. Means Gaji Februari yang baru + Balance dari kenaikan Gaji Januari"

Huoooohh! Gaji naikkk!. Yesh yesh Yes!... SYukur Alhamdulillah.... Aku rase ini adalah rezeki untuk baby yang masih dalam kandungan wife aku...heheh...arrghhhh Aku Gumbiraaa! Gumbiraa! hiaahahahhhah!



Esok aku kerja dengan lebih tekun lagi....Ngiiahahhahah! Thanks to Top managements of my Kampeni! I'll work harder!

PenCarian Blog Paling Ringan, Ideal dan Berat 2011

  1. Buat entri bertajuk : Pencarian Blog Paling Ringan, Ideal Dan Berat 2011
    Setel Bro!

  2. Letak Header Hikayat Si Luncai

     Setel Bro!

  3. Jawab soalan ni : Blog korang ringan, ideal atau berat ?
    Ringan 
    Setel Bro!

  4. Tag rakan-rakan blogger korang sesuka hati
    i.   Waalllaa! 
    Setel Bro!

  5. Pastu postkan link entri korang ke ruangan komen entri ni
    Setel Bro!

  6. Blog-blog yang join segmen ni luncai akan timbang berat di iwebtool
    Ko Setelkan Nanti Bro!

  7. Pemenang akan luncai promote dalam sticky post selama 1 minggu
    Ko Setelkan Nanti Bro!  

  8. Tarikh tutup 31 Jan 2011 / 11:59 PM
    Ko Setelkan Nanti Bro!  





       

Makin Hari Makin Sibuk

Kepada rakan-rakan blogger a.k.a follower aku, sori ar tak nyempat nak blogwalking atau comment blog korang.. AKu sibuk sket dengan keje...

Skang ni, aku la engineer, aku la operator, aku la sales, aku la operation, aku lah segalanya... Semua nak suruh aku buat... Ntah ntah, nanti aku la managing director, dan aku la CEO...hehe..Kalu bos aku nampak ni, mau kene warning letter ni...heheh..heheh....

Sory ye korang, nanti da free sket, aku melawat n berhibur kat blog korang... Heppi Blogging!


Kertas A4 BloG!

Seorang bermain 2 Gitar

Selalu tengok main satu gitar je kan... Ni tengok budak ni main dua gitar, dengan cord berasingan menggunakan dua tangan...fuhh...Mantaps! Macam mane lah jari-jemarinya memetik string yang berasingan. Jom layan :





Video dari sumber Youtube!

 

Sungguh Kejam!

Ape yang kejam tuuu... Ni tengok word verfication kat blog yang dirahsiakan...hehHEehhehhe..


Ade ke suh isi "matie" ish ish ish..aku nak idop lagi ni...huwaaaa! Sape punye blog tu ekkkk...kihkihkih...

Tambahan : Gurau jek tu... Tapi korang agak-agak sape punye blog tu ehh...heheh..salah sorang dari korang je tuuuuu :p

Body Mengghairah Kan!

Miaaaahahahhaha!

Korang ingat ape haaa! Ni kat bawah, body buah stoberi yang "mengghairahkan"... Merah-merah + bintik-bintik kuning.. Berdaun hijau..DIcicah cicah dengan madu lagi....Waaahhhh!

Stoberi ciCah Madu
Stoberi tersebut di beli di cameron highland, mase pigi bercuti dengan wife... Kekekekekkekek...

Teknik 2 Dalam 1

Haaaaa! Nak kongsi satu teknik, yang mungkin ade orang da buat, dan ade yang belom hehehe...

Teknik ni berkenaan menggosok pakaian. Ade orang dia pakai spray air je untuk menghilangkan kedutan semasa menggosok, ade jugak yang pakai produk spray yang ade di pasaran macam contoh gambar di bawah.


Produk kat atas memang ok untuk memudahkan kita gosok pakaian. Tapi, of course la kene kluar duit lebih sket nak beli hehehehe.. Jenis ni kalau da abis kene buang ngan tin dan botol nyer.

So, aku kongsi satu cara, korang just kene beli satu mende jek, tapi boleh dipakai untuk 2 kegunaan. Inilah barangnyerrrrrr!

Dari kiri- Segelas air + Penyembur + Downy

Hiahahahahhah! Cara-caranya:

1. Tuangkan sedikit downy dalam penyembur tersebut...Sedikit je, jangan satu penutup atau satu botol...
2. Tuangkan air ke dalam penyembur. Jangan bagi penuh atau melimpah ye.
3. Tutup penyembur dengan kepalanya. Goncang dengan  sepenuh perasaan penyembur tersebut. Pastikan cecair Downy dan air tersebut menjadi sebati.
4. Da siap, korang nak ape lagi...sembur dan gosok la pakaian tuh!

Senang dan mudah kan. Maksud 2 dalam 1 tu, disamping korang guna downy untuk mewangikan dan melembutkan pakaian dalam mesin basuh, korang jugak boleh guna untuk memudahkan gosokan pada pakaian. Tambahan pulak, bertambaahhhhh tammmmmbaaaahhh wangi la pakaian korang tu miaaahahahhahahah! Jimat kannnn! Selamat Mencuba!


Tambahan : Teknik ni wife aku yang buat..Korang boleh refill anytime secukup rasa. Kalau syarikat Downy tengok ni kompem die akan buat jugak heheheheh.

Duit Syiling 1 Ringgit

Gambar Pinjam dari Website tertera di atas
Masih ingatkah korang dengan duit syiling 1 ringgit yang dikeluarkan oleh Bank Negara pada  tahun 1990-an. Bagi mereka yang sekarang ni berumur dalam lingkungan 24-29 tahon, duit ni lah yang menjadi rebutan ketika menyambut perayaan dahulu kala hehehe... Ingatkah korang mula-mula duit ni dikeluarkan dan time tu musim raya aidiladha pulak... Fuhh... Berseri-seri muka kalau dapat duit 1 ringgit dengan kilauan emas tu kan...
Wahhh teringatnye akuu... Melompat tuuu dapat hehehehehhe... Boleh kate nak koyak la poket tu kumpul duit ni duluuu...

Ni aku nak kongsi duit 1 ringgit yang dihadiahkan oleh sepupu aku lama dahulu. Special nya ia, kerana, ia bukan berwarna gold....jeng jeng jenggg!

Depan

Belakang
Aneh kan! Berwarna Silver. Tapi bukan silver betul, sebenarnya Silver Plating. Aku simpan duit ni da agak lame... Ish Ish Ish!

Tambahan: Kalau aku nak jual duit ni, ade tak yang nak membeli...Hehehehhehe....

Takde Kerja Cari Kerja



Oleh kerana buhsan yang amat tanpa ketiadaan wife disisi, maka aku pon mengisi masa lapang menyusun duit 10 sen menjadiii..................................







hehehehhehehe......

Cabaran Memasak Suami

Hiaahh! Dasat kan tajuk tu...

Wife aku da balik kampung semalam. Aku tak dapat nak ikut sebab kampeni aku kata, aku kene pegi training ari rabu lepas... Tapi tup tup, petang rabu tu kampeni aku postpone pulak dahhh training tuh! Wife aku pulak da beli tiket bas, kalau tak boleh aku drive kete balik sama-sama ke kampong halaman. Tapi takpe, aku izinkan jugak Wife aku balik. Kang merajuk pulak Wife aku yang sedang pregnant ni heheheheheheheheh....

Tengah hari tadi aku belasah Maggie berlaukkan daging burger jek...Tapi da sampai malam, perut meronta meminta nasik pulaks...kekekeke...Jadi aku menyahut cabaran perut ku ini...Aku Masak!

Cobaan pertama, aku hasilkan nasik yang aneh, aku masukkan sayor campor dalam periuk nasik bersama berasssss...HuhuhU


Cobaan Kedua, aku campor adukkan daging ayam mentah bersama serbuk kunyit dan lada hitam..huaahahahha! Aku gorengkan ayam tersebut bersama cili giling, kicap dan bawanggg!


Lihatlah keputusannya....

Nasik di masak bersama sayur campur segera

Ayam Masak kicap + cili boh + kunyit + lada hitam

Huahahahahh! Aku kumpulkan semuanya dan aku hidang biar nampak berselera. Inilah Hasilnyaaaa!

Nasik Sayor Campor + Ayam Pelik + Kopi O Ais

Iyahahahhaha..... Yess! Perutku, kini diamlah dikau dikala aku telah mengisi makanan-makanan aneh inii... Janganlah pulak dikau meragam...Walaupon pelik, tapi boleh tahan lah best huahahahhahahah! Huuuahahhhhahahhaaahahahh!

Tambahan: Jangan lupa, syukur Alhamdulillah. Rezeki kurniaan Allah S.W.T

Hasil PerTama :)



Setelah sekian lame tak mempedulikan "A.W $urveys" (rujuk Post sebelum : Post 16 Jan), aku terkejot melihat nilai pendapatan yang melebihi nilai redeem.

Aku telah dapat meredeem $75.00 (RM229.08) dari website berkenaan melalui "Paypal" yang akan clear dalam beberapa hari. WaaaahhhH! Aku tak keluar duit sesen pon untuk website ni, just mengajak kawan join jek sama ada melalui e-mail atau blog ni. Kepada mereka yang register under aku melalui blog ni, trime kasih di atas kerjasama anda. Anda juga teruskan berusaha mendapatkan seberapa ramai ahli untuk register bawah anda pulak hehehe...Bukan kene bayor pon, free jek...

Terima kasih dan Berusaha!

Tambahan: Kepada mereka yang nak join, jangan tanya aku banyak, bace post aku yang sebelum ni. Aku tak paksa korang join, aku takde amik duit korang, aku takde suh korang bagi duit kat sape-sape dan last skali aku takde nak bagi duit kat korang, website tu yang bagi okeh!



Ingin MendaPatKan Duit Free dalam USD ($)

Kalau korang nak dapat duit free boleh lah klik gambar di bawah dan register di web berkenaan:



Website berkenaan adalah mengenai survey yang dijalankan oleh pengilang-pengilang ternama macam adidas, nike etc, dan juga iklan oleh website-website lain. Dorang just nak dapatkan pandangan korang mengenai website dorang. Tiada bayaran dikenakan untuk register di website berkenaan, makna nya FREE!. Pembayaran akan dibuat melalui kaedah PAYPAL, yang mane korang boleh register di website berkenaan secara FREE! Paypal ni adalah kaedah international untuk shopping online, lebih kurang mudah.com.my jugak lah.

Cara-Cara penggunaan:

1. Lepas klik link di atas, akan kluar website macam dibawah. Sila klik "Create A Free Account" macam dalam bulatan merah.

2. Lepas tu akan keluar lah appearance macam di bawah. Sila isikan semua maklumat, dan pastikan First Name dan Last Name diisi betul bagi tujuan pembayaran. Last skali, tekan create free account. Sebelum tu pastikan "image code" diisi dengan betul.


3. Lepas "Create Account" akan kluar lah web pengenalan. Di bawah nye akan terpapar maacam di bawah. Akan ade 7 website evaluation yang akan keluar bagi pendahuluan. Setiap evaluation ade nilanye.Contoh, dalam bulatan merah berharga $6.00. Kalau korang tengok kat kotak kecik yang bawah, "My A.W Survey Stats" pade mase ni adalah $0.00. Jadi korang kene jawab ke tujuh-tujuh survey untuk mendapat $27.00 untuk pengenalan pertama.


4. Cara menjawab, klik pada web survey link dalam bulatan merah seperti di atas dan kluar la seperti di bawah. Klik sahaja "Start Survey Now"


5. Nanti akan kluar seperti gambar di bawah. Baca betul-berul dalam bulatan merah. Korang hanya dibenarkan mengulas atau memberi komen dalam bahasa Inggeris dalam 3 patah perkataan sahaja. Untuk melihat website yang korang nak komen tu, Right click kat "Click here for website 1" dan Open link in a new tab, atau yang da mahir tu boleh tekan terus dan "go back one page" atau suka hati koranglah hehehe.... Nanti satu webslite pengiklan akan kluar, korang tengok la seminit dua, pastu tutup lah dan beri kan komen. Pastu teruskan pulak dengan "Click here for Website 2"


6. Pastu, da sudah komen, click "Click here to SUBMIT both review". Ingat tau, 3 patah perkataan jep. Contoh seperti dibawah.


7. Da siap nanti korang boleh tengok balik kat "My A.W Survey Stats". Ade peningkatan seperti gambar di bawah. Jadi teruskan dengan 6 lagi survey pengenalan untuk mendapatkan $27.00.
 8. Nanti, jangan stop sampai $27.00 sahaja, teruskan untuk menambah duit korang dengan mengenalkan mende ni kat kawan-kawan lain. Caranya, click dekat button seperti di bawah. Button ni ade dekat muka depan atau "HOME".


Nanti akan kluar la link sama ada dalam bentuk e-mail, atau pon icon dan lain-lain. Korang leh paparkan image berkenaan di website atau facebook korang. Pastikan ade user name korang di link berkenaan. Kalau nak e-mail sahaja, copy and paste link di bawah perkataan "Your Direct Referring Link is Below". Bagi setiap orang yang tekan link korang dan register sekali, korang akan dibayar $1.25.

Kat bawah ni gambar mereka yang telah mendapatkan pulangan melalui web ini (bukan aku punye, aku baru try hehehe), Kaedah bayaran ialah melalui PAYPAL:

Korang boleh copy paste post aku ni ke blog korang, kalau tak berapa rajin nak tulis cara-cara ni semula hehehe.... Tapi promote la sket Kertas A4 ni...kan kan kan....

Selamat Mencuba...AKu pon baru cuba ni... Mekassey! 

Update 17/1/2011

Mengikut Term and Condition website tersebut, korang boleh redeem nilai terkumpul yang korang perolehi sekurang-kurangnya USD75.00. Lepas redeem, nilai USD75.00 adalah bersamaan RM229.31..WOw!

Aku rasa tak susah nak sampai tahap tersebut memandangkan sifat blog yang global (sedunia). Cuba bayangkan 1 orang = USD1.25....

1 orang = USD 1.25
10 orang  = USD 12.50
100 orang = USD 125.00
1000 orang = USD 1250 = RM3281.00 (waaaaaaaaaaaahhhHhhhh!)

Apa yang penting, berusaha promotekan link yang akan korang perolehi selepas mendaftar di website berkenaan. Nak duit lebih, Usaha pon Kene Lebih Lah...Same-same la kita merebut peluang yang ade ni,
Sekian, Selamat Berusaha!







 
----------------------------- -----------------------------