Penipuan Dalam Perniagaan Online - Tips Mengelak

Assalamualaikum...

Dah baca tajuk kat atas... Cuba baca lagi sekali.... baca lagi.... baca lagii... baca..... hehehehhe...

Penipuan dalam perniagaan Online semakin menjadi-jadi.. Mengapa ia berlaku.. Siapakah yang silap dalam hal ini...

Sebagai permulaan, mari mengimbas kembali rentetan penipuan yang telah berlaku sebelum ini :-

http://www.hmetro.com.my/articles/PesanIPhone4sdapatberuscat/Article
http://www.hmetro.com.my/articles/2012011005010620120110050106/Article/
http://www.hmetro.com.my/articles/Lelakibelimotorgunalamanwebtertipu/Article
Itulah sedikit sebanyak penipuan dalam perniagaan Online yang berlaku dalam tahun ini... Kenapa ia berlaku:-
  1. Pembeli berasa teruja dengan harga yang ditawarkan?
  2. Pembeli tidak mempunyai asas pengetahuan membeli secara online?
  3. Pembeli tidak mempunyai masa untuk pergi mencari sendiri produk di pasaran?
  4. Pembeli tidak membuat analisa atau research sebelum membeli Online produk?
  5. dan lain-lain.....
Aku juga berpengalaman dalam membeli secara produk secara Online di dalam sebuat website.. Pertama kali melakukan pindahan duit secara Online ketika membeli produk, memang langsung tidak membuat sebarang research terhadap Penjual berkenaan walaupun khidmat Forum telah disediakan bagi membincangkan masalah Penjual-Penjual ini.

Apa yang berlaku, produk berkenaan tidak dihantar dalam masa yang ditetapkan.. Bila telefon tak angkat, sms tak jawab. Kalau e-mail pon, lepas seminggu baru jawab. Lepas baru tersedar adanya Forum didalam website berkenaan, baru aku tau bahawa Penjual berkenaan memang sentiasa bermasalah dalam memenuhi kehendak pelanggan yang telah membeli produk mereka...

Lepas mengadu dekat Admin website berkenaan, barulaaahhhh si penjual berkenaan menghantar produk ke alamat rumah,... Berpeluh tunggu baru sampaii... Tapi belum tahap ditipu lagi tuu...

Jadi kepada mereka yang ingin membeli secara Online, di bawah ini dinyatakan panduan bagi mengelak ditipu oleh Penjual yang ternyata Penipu lagi Pembohong :

  1. Jika penjual hanya menjual satu barang sahaja dan menyuruh anda memasukkan deposit sebagai duit pendahuluan, ketahuilah sesungguhnya penjual tersebut menipu. 
  2. Rekodkan salinan transaksi bank dan simpan untuk tujuan Police Report jika berlaku penipuan
  3.  Minta nombor IC penjual tersebut jika jualan mencecah ribuan ringgit.
  4. Jika penjual berkenaan mengatakan produk tersebut telah di booking dan meminta anda memasukkan duit pendahuluan sebagai syarat, ketahuilah penjual itu juga seorang penipu.
  5. Jika anda melihat harga sesuatu barang yang ternyata lebih rendah dari harga pasaran, ketahuilah bahawanya tidak ada penjual yang tidak mau untung...... Siapa yang mau jual murah-murah? 
  6. Jika anda meminta untuk melihat dahulu barang dan si Penjual memberi pelbagai alasan (sibuk lah, jauh lah, tak percaya lah), si Penjual tersebut memang menipu.
  7. Jika anda membeli di website yang memerlukan bidaan, selalunya si penjual telah di register di website berkenaan. Jadi pastikan anda membuat research di forum website berkenaan untuk mengetahui status si penjual terbabit. 
  8. Jangan membeli jika "Rate" pembeli bukan 100%. Lihat juga di bahagian comment pembeli.
  9. Banyakkan research di internet berkenaan produk yang ingin dibeli. Pastikan status harganya di pasaran. 
Di harap perkongsian idea di atas dapat membantu anda dalam melakukan urusniaga Internet.

Anda ingin berkongsi pengalaman di dalam urususan Online Business, jangan lupa Comment di ruangan ini..

Terima Kasih!

1 comments:

ajax85 said...

tq for info

Post a Comment

 
----------------------------- -----------------------------