Assalamualaikum kembali
Sory la kepada rakan-rakan blogger yang bertanya, beberapa hari ni memang aku amat busy dengan kerjasekolah office, jadi kekadang tak nyempat nak berhibur di blog korang.. Sepuluh hengget jari dihulur meminta kemaafan heheheh :p
Untuk posting kali ni, aku ingin menasihati diri sendiri, dan rakan-rakan sekalian agar memperbetulkan bacaan selawat yang biasanya dilafaz ketika tahyat awal dan juga tahyat akhir. Kepada mereka yang telah sedia maklum mengenai perkara ini, syabas diucapkan! Alhamdulillah! Sebelum itu, sekali lagi posting ini adalah dari aku (Kertas A4) sendiri, bukan copy paste dari orang lain!
Apa yang perlu dibetulkan dalam bacaan selawat tersebut?
Iaitu perkataan Saidina... Ada di kalangan kita yang berselawat " Allahumma Solli Ala Saidina Muhammad Waala Ali Saidina Muhammad" Penggunaan "Saidina" adalah tidak salah, tetapi untuk pengetahuan kalian, sebutannya adalah SALAH!
Sebutan mengikut tulisan jawi yang betul adalah huruf "YA" yang "BERSABDU" bukan "MATI"... Sebutan SAIDINA adalah penggunaan huruf "YA" yang dimatikan bunyinya.. Sebutan yang betul adalah "SAYYIDINA"
Bunyi penuh adalah seperti ini " Allahumma Solli Ala SAYYIDINA Muhammad Wa Ala Ali SAYYIDINA Muhammad".
Jadi renungkanlah aktiviti solat kita... Adakah kita telah melakukan kesalahan sebutan ini di sepanjang kehidupan kita sehingga hari ini? Beristighfarlah, sesungguhnya tidak Allah S.W.T jadikan orang Islam yang beriman itu bersaudara, kecuali untuk mengingatkan antara satu sama lain.
Bagi aku sendiri, aku tidak menggunakan perkataan SAYYIDINA sebagai tambahan di tahyat awal dan akhir. Penggunaan SAYYIDINA adalah bermaksud PENGHULUKU. Jadi jika ragu-ragu di atas penggunaanya, maka kembalilah kepada asalnya.
Apa pula maksud Saidina... Maksudnya ialah game yang korang main macam "Jutaria" tu, yang beli tanah, buat rumah dan hotel, lontar dadu, ada "Chances", ada "Fate", ada "Jail" hehehehehehehe...
Sebagai tambahan, selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W ada banyak hikmahnya. Berselawat lah selalu terutamanya sebelum Bersolat dan sesudah Bersolat. Sesungguhnya orang yang banyak berselawat akan dibantu oleh Nabi Muhammad S.A.W di akhirat kelak. Renungkanlah betapa besar hikmahnya di Dunia dan di Akhirat Kelak.
Sekian...
Sory la kepada rakan-rakan blogger yang bertanya, beberapa hari ni memang aku amat busy dengan kerja