Kempen Menderma Anak Anak Yatim

Kalau korang perasan kat sidebar belah kiri blog aku ni, ada iklan Menderma Anak Yatim Wardatul Jannah.. Anak-Anak Yatim wardatul Jannah ni berpusat di Kota Damansara selangor.

Skang ni, bahagian pengurusan Wardatul Jannah mengadakan kerjasama dengan Mc Donald untuk kempen menderma anak yatim tersebut. Iklan tersebut seperti dibawah:

Iklan Menderma Mc D-Wardatul Jannah

make avatar
Jadi kepada mereka yang diluar sana, ringan kan tangan untuk menarik wallet dari seluar atau handbag, ringankan tangan menekan kebod untuk membuka online banking, ringankan tangan menderma kepada mereka.. Besar pahala kita menderma kepada Anak-anak yatim ni.. Walaupon seringgit, tapi pahala nya besar di sisi Allah S.W.T. Hanya Dia yang Maha Mengetahui dan Maha Pemurah.

Sekian, Selamat Menderma!

Tambahan: Kempen menderma ini adalah untuk anak-anak Yatim..Bukan dituju khas untuk sesiapa sahaja yang bernama Yatim...heheheh... Jangan Mareee :p

Rezeki Hari Ini

Tengah hari tadi aku dapat SMS dari Datin *** ****** a.k.a CEO kampeni tempat aku berkerja. SMS yang membuatkan mate aku bersinar-sinar dan hati berdebar-debar riang.

SMS tu berbunyi lebih kurang macam ni " Selepas perbincang bersama MD (Managing Director) dan Superiors, Kampeni akan menaikkan gaji anda kepada ****.**.. Oleh kerana gaji bulan Januari telah di-bank in kan, jadi kampeni akan memasukkan balance kenaikan untuk Januari kepada Gaji Bulan Februari.. Means Gaji Februari yang baru + Balance dari kenaikan Gaji Januari"

Huoooohh! Gaji naikkk!. Yesh yesh Yes!... SYukur Alhamdulillah.... Aku rase ini adalah rezeki untuk baby yang masih dalam kandungan wife aku...heheh...arrghhhh Aku Gumbiraaa! Gumbiraa! hiaahahahhhah!



Esok aku kerja dengan lebih tekun lagi....Ngiiahahhahah! Thanks to Top managements of my Kampeni! I'll work harder!

PenCarian Blog Paling Ringan, Ideal dan Berat 2011

  1. Buat entri bertajuk : Pencarian Blog Paling Ringan, Ideal Dan Berat 2011
    Setel Bro!

  2. Letak Header Hikayat Si Luncai

     Setel Bro!

  3. Jawab soalan ni : Blog korang ringan, ideal atau berat ?
    Ringan 
    Setel Bro!

  4. Tag rakan-rakan blogger korang sesuka hati
    i.   Waalllaa! 
    Setel Bro!

  5. Pastu postkan link entri korang ke ruangan komen entri ni
    Setel Bro!

  6. Blog-blog yang join segmen ni luncai akan timbang berat di iwebtool
    Ko Setelkan Nanti Bro!

  7. Pemenang akan luncai promote dalam sticky post selama 1 minggu
    Ko Setelkan Nanti Bro!  

  8. Tarikh tutup 31 Jan 2011 / 11:59 PM
    Ko Setelkan Nanti Bro!  





       

Makin Hari Makin Sibuk

Kepada rakan-rakan blogger a.k.a follower aku, sori ar tak nyempat nak blogwalking atau comment blog korang.. AKu sibuk sket dengan keje...

Skang ni, aku la engineer, aku la operator, aku la sales, aku la operation, aku lah segalanya... Semua nak suruh aku buat... Ntah ntah, nanti aku la managing director, dan aku la CEO...hehe..Kalu bos aku nampak ni, mau kene warning letter ni...heheh..heheh....

Sory ye korang, nanti da free sket, aku melawat n berhibur kat blog korang... Heppi Blogging!


Kertas A4 BloG!

Seorang bermain 2 Gitar

Selalu tengok main satu gitar je kan... Ni tengok budak ni main dua gitar, dengan cord berasingan menggunakan dua tangan...fuhh...Mantaps! Macam mane lah jari-jemarinya memetik string yang berasingan. Jom layan :





Video dari sumber Youtube!

 

Sungguh Kejam!

Ape yang kejam tuuu... Ni tengok word verfication kat blog yang dirahsiakan...hehHEehhehhe..


Ade ke suh isi "matie" ish ish ish..aku nak idop lagi ni...huwaaaa! Sape punye blog tu ekkkk...kihkihkih...

Tambahan : Gurau jek tu... Tapi korang agak-agak sape punye blog tu ehh...heheh..salah sorang dari korang je tuuuuu :p

Body Mengghairah Kan!

Miaaaahahahhaha!

Korang ingat ape haaa! Ni kat bawah, body buah stoberi yang "mengghairahkan"... Merah-merah + bintik-bintik kuning.. Berdaun hijau..DIcicah cicah dengan madu lagi....Waaahhhh!

Stoberi ciCah Madu
Stoberi tersebut di beli di cameron highland, mase pigi bercuti dengan wife... Kekekekekkekek...

Teknik 2 Dalam 1

Haaaaa! Nak kongsi satu teknik, yang mungkin ade orang da buat, dan ade yang belom hehehe...

Teknik ni berkenaan menggosok pakaian. Ade orang dia pakai spray air je untuk menghilangkan kedutan semasa menggosok, ade jugak yang pakai produk spray yang ade di pasaran macam contoh gambar di bawah.


Produk kat atas memang ok untuk memudahkan kita gosok pakaian. Tapi, of course la kene kluar duit lebih sket nak beli hehehehe.. Jenis ni kalau da abis kene buang ngan tin dan botol nyer.

So, aku kongsi satu cara, korang just kene beli satu mende jek, tapi boleh dipakai untuk 2 kegunaan. Inilah barangnyerrrrrr!

Dari kiri- Segelas air + Penyembur + Downy

Hiahahahahhah! Cara-caranya:

1. Tuangkan sedikit downy dalam penyembur tersebut...Sedikit je, jangan satu penutup atau satu botol...
2. Tuangkan air ke dalam penyembur. Jangan bagi penuh atau melimpah ye.
3. Tutup penyembur dengan kepalanya. Goncang dengan  sepenuh perasaan penyembur tersebut. Pastikan cecair Downy dan air tersebut menjadi sebati.
4. Da siap, korang nak ape lagi...sembur dan gosok la pakaian tuh!

Senang dan mudah kan. Maksud 2 dalam 1 tu, disamping korang guna downy untuk mewangikan dan melembutkan pakaian dalam mesin basuh, korang jugak boleh guna untuk memudahkan gosokan pada pakaian. Tambahan pulak, bertambaahhhhh tammmmmbaaaahhh wangi la pakaian korang tu miaaahahahhahahah! Jimat kannnn! Selamat Mencuba!


Tambahan : Teknik ni wife aku yang buat..Korang boleh refill anytime secukup rasa. Kalau syarikat Downy tengok ni kompem die akan buat jugak heheheheh.

Duit Syiling 1 Ringgit

Gambar Pinjam dari Website tertera di atas
Masih ingatkah korang dengan duit syiling 1 ringgit yang dikeluarkan oleh Bank Negara pada  tahun 1990-an. Bagi mereka yang sekarang ni berumur dalam lingkungan 24-29 tahon, duit ni lah yang menjadi rebutan ketika menyambut perayaan dahulu kala hehehe... Ingatkah korang mula-mula duit ni dikeluarkan dan time tu musim raya aidiladha pulak... Fuhh... Berseri-seri muka kalau dapat duit 1 ringgit dengan kilauan emas tu kan...
Wahhh teringatnye akuu... Melompat tuuu dapat hehehehehhe... Boleh kate nak koyak la poket tu kumpul duit ni duluuu...

Ni aku nak kongsi duit 1 ringgit yang dihadiahkan oleh sepupu aku lama dahulu. Special nya ia, kerana, ia bukan berwarna gold....jeng jeng jenggg!

Depan

Belakang
Aneh kan! Berwarna Silver. Tapi bukan silver betul, sebenarnya Silver Plating. Aku simpan duit ni da agak lame... Ish Ish Ish!

Tambahan: Kalau aku nak jual duit ni, ade tak yang nak membeli...Hehehehhehe....

Takde Kerja Cari Kerja



Oleh kerana buhsan yang amat tanpa ketiadaan wife disisi, maka aku pon mengisi masa lapang menyusun duit 10 sen menjadiii..................................







hehehehhehehe......

Cabaran Memasak Suami

Hiaahh! Dasat kan tajuk tu...

Wife aku da balik kampung semalam. Aku tak dapat nak ikut sebab kampeni aku kata, aku kene pegi training ari rabu lepas... Tapi tup tup, petang rabu tu kampeni aku postpone pulak dahhh training tuh! Wife aku pulak da beli tiket bas, kalau tak boleh aku drive kete balik sama-sama ke kampong halaman. Tapi takpe, aku izinkan jugak Wife aku balik. Kang merajuk pulak Wife aku yang sedang pregnant ni heheheheheheheheh....

Tengah hari tadi aku belasah Maggie berlaukkan daging burger jek...Tapi da sampai malam, perut meronta meminta nasik pulaks...kekekeke...Jadi aku menyahut cabaran perut ku ini...Aku Masak!

Cobaan pertama, aku hasilkan nasik yang aneh, aku masukkan sayor campor dalam periuk nasik bersama berasssss...HuhuhU


Cobaan Kedua, aku campor adukkan daging ayam mentah bersama serbuk kunyit dan lada hitam..huaahahahha! Aku gorengkan ayam tersebut bersama cili giling, kicap dan bawanggg!


Lihatlah keputusannya....

Nasik di masak bersama sayur campur segera

Ayam Masak kicap + cili boh + kunyit + lada hitam

Huahahahahh! Aku kumpulkan semuanya dan aku hidang biar nampak berselera. Inilah Hasilnyaaaa!

Nasik Sayor Campor + Ayam Pelik + Kopi O Ais

Iyahahahhaha..... Yess! Perutku, kini diamlah dikau dikala aku telah mengisi makanan-makanan aneh inii... Janganlah pulak dikau meragam...Walaupon pelik, tapi boleh tahan lah best huahahahhahahah! Huuuahahhhhahahhaaahahahh!

Tambahan: Jangan lupa, syukur Alhamdulillah. Rezeki kurniaan Allah S.W.T

Hasil PerTama :)



Setelah sekian lame tak mempedulikan "A.W $urveys" (rujuk Post sebelum : Post 16 Jan), aku terkejot melihat nilai pendapatan yang melebihi nilai redeem.

Aku telah dapat meredeem $75.00 (RM229.08) dari website berkenaan melalui "Paypal" yang akan clear dalam beberapa hari. WaaaahhhH! Aku tak keluar duit sesen pon untuk website ni, just mengajak kawan join jek sama ada melalui e-mail atau blog ni. Kepada mereka yang register under aku melalui blog ni, trime kasih di atas kerjasama anda. Anda juga teruskan berusaha mendapatkan seberapa ramai ahli untuk register bawah anda pulak hehehe...Bukan kene bayor pon, free jek...

Terima kasih dan Berusaha!

Tambahan: Kepada mereka yang nak join, jangan tanya aku banyak, bace post aku yang sebelum ni. Aku tak paksa korang join, aku takde amik duit korang, aku takde suh korang bagi duit kat sape-sape dan last skali aku takde nak bagi duit kat korang, website tu yang bagi okeh!



Ingin MendaPatKan Duit Free dalam USD ($)

Kalau korang nak dapat duit free boleh lah klik gambar di bawah dan register di web berkenaan:



Website berkenaan adalah mengenai survey yang dijalankan oleh pengilang-pengilang ternama macam adidas, nike etc, dan juga iklan oleh website-website lain. Dorang just nak dapatkan pandangan korang mengenai website dorang. Tiada bayaran dikenakan untuk register di website berkenaan, makna nya FREE!. Pembayaran akan dibuat melalui kaedah PAYPAL, yang mane korang boleh register di website berkenaan secara FREE! Paypal ni adalah kaedah international untuk shopping online, lebih kurang mudah.com.my jugak lah.

Cara-Cara penggunaan:

1. Lepas klik link di atas, akan kluar website macam dibawah. Sila klik "Create A Free Account" macam dalam bulatan merah.

2. Lepas tu akan keluar lah appearance macam di bawah. Sila isikan semua maklumat, dan pastikan First Name dan Last Name diisi betul bagi tujuan pembayaran. Last skali, tekan create free account. Sebelum tu pastikan "image code" diisi dengan betul.


3. Lepas "Create Account" akan kluar lah web pengenalan. Di bawah nye akan terpapar maacam di bawah. Akan ade 7 website evaluation yang akan keluar bagi pendahuluan. Setiap evaluation ade nilanye.Contoh, dalam bulatan merah berharga $6.00. Kalau korang tengok kat kotak kecik yang bawah, "My A.W Survey Stats" pade mase ni adalah $0.00. Jadi korang kene jawab ke tujuh-tujuh survey untuk mendapat $27.00 untuk pengenalan pertama.


4. Cara menjawab, klik pada web survey link dalam bulatan merah seperti di atas dan kluar la seperti di bawah. Klik sahaja "Start Survey Now"


5. Nanti akan kluar seperti gambar di bawah. Baca betul-berul dalam bulatan merah. Korang hanya dibenarkan mengulas atau memberi komen dalam bahasa Inggeris dalam 3 patah perkataan sahaja. Untuk melihat website yang korang nak komen tu, Right click kat "Click here for website 1" dan Open link in a new tab, atau yang da mahir tu boleh tekan terus dan "go back one page" atau suka hati koranglah hehehe.... Nanti satu webslite pengiklan akan kluar, korang tengok la seminit dua, pastu tutup lah dan beri kan komen. Pastu teruskan pulak dengan "Click here for Website 2"


6. Pastu, da sudah komen, click "Click here to SUBMIT both review". Ingat tau, 3 patah perkataan jep. Contoh seperti dibawah.


7. Da siap nanti korang boleh tengok balik kat "My A.W Survey Stats". Ade peningkatan seperti gambar di bawah. Jadi teruskan dengan 6 lagi survey pengenalan untuk mendapatkan $27.00.
 8. Nanti, jangan stop sampai $27.00 sahaja, teruskan untuk menambah duit korang dengan mengenalkan mende ni kat kawan-kawan lain. Caranya, click dekat button seperti di bawah. Button ni ade dekat muka depan atau "HOME".


Nanti akan kluar la link sama ada dalam bentuk e-mail, atau pon icon dan lain-lain. Korang leh paparkan image berkenaan di website atau facebook korang. Pastikan ade user name korang di link berkenaan. Kalau nak e-mail sahaja, copy and paste link di bawah perkataan "Your Direct Referring Link is Below". Bagi setiap orang yang tekan link korang dan register sekali, korang akan dibayar $1.25.

Kat bawah ni gambar mereka yang telah mendapatkan pulangan melalui web ini (bukan aku punye, aku baru try hehehe), Kaedah bayaran ialah melalui PAYPAL:

Korang boleh copy paste post aku ni ke blog korang, kalau tak berapa rajin nak tulis cara-cara ni semula hehehe.... Tapi promote la sket Kertas A4 ni...kan kan kan....

Selamat Mencuba...AKu pon baru cuba ni... Mekassey! 

Update 17/1/2011

Mengikut Term and Condition website tersebut, korang boleh redeem nilai terkumpul yang korang perolehi sekurang-kurangnya USD75.00. Lepas redeem, nilai USD75.00 adalah bersamaan RM229.31..WOw!

Aku rasa tak susah nak sampai tahap tersebut memandangkan sifat blog yang global (sedunia). Cuba bayangkan 1 orang = USD1.25....

1 orang = USD 1.25
10 orang  = USD 12.50
100 orang = USD 125.00
1000 orang = USD 1250 = RM3281.00 (waaaaaaaaaaaahhhHhhhh!)

Apa yang penting, berusaha promotekan link yang akan korang perolehi selepas mendaftar di website berkenaan. Nak duit lebih, Usaha pon Kene Lebih Lah...Same-same la kita merebut peluang yang ade ni,
Sekian, Selamat Berusaha!







Menarik KhutBah Jumaat 14/1/11

Hari ni khatib memberi khutbah berkenaan ulama. Mengikut khatib berkenaan, kita sebagai rakyat Malaysia beragama Islam harus memberi sokongan penuh kepada Ulama sama ada secara Nasional atau peringkat Luar negara. Sistem Ulama haruslah dipertahankan bagi mengekalkan keharmonian rakyat Malaysia beragama Islam.

Tambahan: Hari ni aku pergi sembahyang Jumaat kat masjid lain. Sedihnya melihat orang kita yang bergama Islam tak kira tua muda, tidak mengaplikasikan adab memasuki masjid dan adab di dalam masjid.

Mengenai adab memasuki masjid, amat sakit hati melihat jemaah yang datang lewat, pastu melangkah melintasi jemaah yang telah duduk (yang sampai awal ni) semata-mata nak duduk di saf yang lebih hadapan ataupon yang nak duduk dalam aircond. Retikah mereka ini mengenai Adab memasuki Masjid? Tapi yang heran nya, aku tengok yang tua pon sama naik je melangkah. Ade yang pegang bahu mintak jalan, ade jugak yang main langkah jek. Tak tahukan mereka itu bahawa dosa yang mendatang di setiap langkahan mereka yang mana menyebabkan gangguan kepada para jemaah yang sedang menghayati khutbah Jumaat. Aku tahu mereka nak pahala lebih duk depan, tapi datang la awal kalau berniat demikian.

Mengenai adab di dalam masjid pulak, amat pelik tengok jemaah datang pakai sluar jeans yang mana labuhnya hanya aku, para jemaah dan Allah yang tahu. Korang tau sendiri la kalau dah sluar jean labuh tu , confirm sapu lantai baekkkk punyaa....Kotor la kan.. Baju pulak singkat nampak spender bila rukuk. Ya Allah, mereka ni tau ke tak sembahyang mereka tu adalah diragui sah atau tidak? Pastu yang bersembang takyah cakaplah...pok pek pok pek mengalahkan kat kedai makan sembang dieee...

Ayah aku penah citer, sebelum masuk masjid, tengok diri kita dulu, pakaian kita...ilmu kita... Apa maksudnya?

Macam ni, kalau stakat kita pakai kemeja ngan sluar slack tu, takyah la duk blakang tok imam... Bagi laluan pada mereka yang berpakaian indah, sama ada berjubah dan berserban, atau yang berbaju melayu dan kain pelikat, dalam erti kata lain, orang pandang pon best je... Mengenai ilmu, kalau stakat abis ilmu pendidikan islam zaman skolah dan unibersiti takyah la duk rapat blakang tok imam lagi.... Bagi laluan pada mereka yang kuat beribadah, kuat amalnya, imannya...Tu sebab tengok pakaian dulu, tau dah macam mana watak nye duk saf hampir dengan tok imam...Kalau saf depan penuh ngan hamba Allah yang kuat amalnya, barulah jemaah sempurna... Jadi fikir-fikirkan lahhhhhhhh...

Sebelum penutup, takyah la komen pasal pakaian ni bagitau kita akhlak dorang ke...Sebab benda ni dalam masjid..Rumah Allah...bukan kat paso malam, atau kat dalam tv yep....

Sekian.

E-Mail Dari PTPTN (Sistem Ujrah 1%)




Hari ni aku dapat e-mail dari PTPTN berkenaan "PERMOHONAN PERTUKARAN PINJAMAN 3% KEPADA PEMBIAYAAN UJRAH 1%".. Berikut adalah jawapan yang diberikan:


"Tuan / Puan, Tuan tidak berjaya ditawarkan pertukaran pinjaman dari (3%) kepada pembiayaan ujrah (1%). Dimaklumkan bahawa permohonan tuan tidak dapat dipertimbangkan atas sebab-sebab berikut:- Status 4 - Anda tidak layak ditawarkan UJRAH kerana telah melanggar syarat perjanjian terdahulu. Sekian terima kasih."

Hoooohohohohohohohohohoooo! Status 4? Dari clause mane korang dapat status 4 tuh? Mase agreement dulu ade ke status 4 tuh? APe pelanggaran yang aku buat? Adekah sebab aku sambung belajor dan aku amik MARA maka diorang nak marah aku sebab tak tambah hutang ngan diorang lagi? Aku da buat surat penangguhan bayaran masa sambung belajar...Wahai PTPTipuuu, cakap je lah macam ni:

"Tuan/Puan tidak berjaya kerana nanti kami tak cukup duit nak kayekan puak-puak kami. Apelah sangat 1% kami dapat dari 4% . Ciput aje Tuan/Puan. Jadi kami rase baik kami cas Tuan/Puan banyak-banyak kerana nanti kami pulak kerugian. Kami memang suka RIBA tuan/puan. Sekian, padan muka tuan/puan."

Ape ingat aku tak bayor ke bulan-bulan. Dengan cas 4% yang PTPTipu kenakan tuh, memang lambat ler habis. Takpe, kita jumpa dan kita settle kat akhirat kelak...Gua tak halal cas 4% lu orang amik....RIBA!

Sekian.......

Ingin Mendapatkan Kerja Di KeLanTan


 Kalau ingin mendapatkan info mengenai kekosongan Kerja Di Kelantan boleh lah meng 'Usyar" nye di lawan web di bawah:

http://jmc-kotabharu.blogspot.com/

P/S : Teringinnyeeeerrr aku nak kembali ke kampong halaman............Tapi jawatan sesuai takdak....

Menarik KhutBah Jumaat 7/1/11

Khatib bagi khutbah mengenai Palestin. Katenye, die dapat info dari kerajaan Ismail Haniyeh (HAMAS) bahawa sekarang tengah giat dijalankan program mengahafaz Al-Quran dari zaman kanak-kanak lagi yang mane kini jumlah penghafaq 30 juzuq telah mencecah 18,000 orang...WOW!

Sambungan lagi, Ismail Haniyeh berucap dihadapan penghafaz tersebut bahawa, merekalah yang bakal membebaskan Palestin dari belenggu yahudi Laknatullah.

Khatib tersebut turut memaklumkan kepada jemaah, bahaya yahudi laknatullah ni sudah menggali banyak terowong di bawah Masjidil Aqsa dengan tujuan ingin meruntuhkan masjid tersebut. Tiang-tiang utama untuk membina kuil Haikal yang mana menjadi agenda utama yahudi ingin merampas palestin telahpon dibina di sekitar masjidil Aqsa ni....

Semoga Ismail Haniyeh meneruskan usahanya untuk mengembangkan penghafaz Al-Quran ni...Insya Allah.

Tambahan: Lepas abis baca khutbah selalunya tok bilal akan Qomat, tapi hari tu lain sket, semua orang bangun dulu, isi tempat kosong dalam saf, baru tok bilal Qomat...Nampak lebih teratur lah.

Report Polis di Tarik Balik

Fuhh... Selamat akhirnya zaman remaja sorang dak kilang ni...Pihak management telah menarik balik report polis yang dibuat atas kesalahan mencurik. Cukup je la dengan buang kerja....Kawan tu pon masih muda, kang gelap pulak mase depan...Harap-harap berubah pada masa depan...Bukan muka pecah rumah pon...

Berzikir lah denGan BetuL

Tetibe terlintas dalam kepala otak ni berkenaan dengan perkara ni... Sebenarnya da lama nak habaq kat kawan-kawan atau saudara-mara tapi tu lah, asyik tak kluaq lak dari minda ni...Tetiba lak mai ni..

Banyak ngat duk prati, duk dengaq sebutan zikir sama ada di masjid, surau, atau majlis-majlis agama berkenaan sebutan zikir yang salah! Di bawah ni diterangkan secara terperinci :

1. Subhanallah (Maha Suci Allah)
Banyak ngat dengar orang berzikir secara laju dan berbunyi subhanollo subhanollo subhanollooo.... Apekah maksud itu wahai pembaca budiman....

2. Alhamdulillah (Segala Puji bagi Allah / Segala Puji hanya Milik Allah)
Dalam kes ni, dorang sebut alhamdulillaaaa alhamdulillaaaaaa alhamdulillaaaa.....Adeiiii..

3. Allahuakbar (Allah Maha Besar)
Dalam kes ni, dorang sebut ollohuakba ollohuakba ollohuakbaaa.....ih ih ihhhhhh.....

4. La Ila Ha IllAllah ( Tiada Tuhan selain Allah)
Dalam kes ni, dorang sebut la ila ha illallo, la ila ha illallo........hmmmmm

Kita berzikir nak dapat pahala dari Allah. Jika salah zikir, tak tahu lah dapat apa.... Harap sampaikan kepada keluarga, teman dan sahabat handai....Insya Allah.

p/s: aku bukan ustad....jangan memandai nak comment aku ni ustad sebab buat post canni...aku cuma rasa bertanggungjawab nak meluahkan keresahan yang aku sendiri jumpa ni....tima kasey!

Kerja SebaGai ProDuct EngiNeer

erghhh.... kadang-kadang memeningkan kepala...Dengan R&D nye, Testing nye... ISO nye... macam-macam lah nyeeerrr....  Tapi wateva pon, memang rase bangga dengan produk yang dihasilkan...100% made in Malaysia. Boleh lawan oversea punyer product laaa.... Ingat oversea tu hebat sangat ke hehehehe....

Beza Product Engineer ngan Engineer-engineer lain ialah, product engineer 100% own the project. Kalau Engineer lain, dibahagikan kepada part-part tertentu. Bergantung kepada complex nyer product terserbut....  In the end, digabungkan oleh project manager / project engineer. Mane syiokkk.... Kite penat-penat buat, orang lain dapat nama.....Anyway, dalam team, always think positive kan. Kepada Engineers, Slamat BerusaHa, MajuKan ProduCt Buatan MalaYsia. HiiiaaaaarrrppPps!
 
----------------------------- -----------------------------