Menarik KhutBah Jumaat 14/1/11

Hari ni khatib memberi khutbah berkenaan ulama. Mengikut khatib berkenaan, kita sebagai rakyat Malaysia beragama Islam harus memberi sokongan penuh kepada Ulama sama ada secara Nasional atau peringkat Luar negara. Sistem Ulama haruslah dipertahankan bagi mengekalkan keharmonian rakyat Malaysia beragama Islam.

Tambahan: Hari ni aku pergi sembahyang Jumaat kat masjid lain. Sedihnya melihat orang kita yang bergama Islam tak kira tua muda, tidak mengaplikasikan adab memasuki masjid dan adab di dalam masjid.

Mengenai adab memasuki masjid, amat sakit hati melihat jemaah yang datang lewat, pastu melangkah melintasi jemaah yang telah duduk (yang sampai awal ni) semata-mata nak duduk di saf yang lebih hadapan ataupon yang nak duduk dalam aircond. Retikah mereka ini mengenai Adab memasuki Masjid? Tapi yang heran nya, aku tengok yang tua pon sama naik je melangkah. Ade yang pegang bahu mintak jalan, ade jugak yang main langkah jek. Tak tahukan mereka itu bahawa dosa yang mendatang di setiap langkahan mereka yang mana menyebabkan gangguan kepada para jemaah yang sedang menghayati khutbah Jumaat. Aku tahu mereka nak pahala lebih duk depan, tapi datang la awal kalau berniat demikian.

Mengenai adab di dalam masjid pulak, amat pelik tengok jemaah datang pakai sluar jeans yang mana labuhnya hanya aku, para jemaah dan Allah yang tahu. Korang tau sendiri la kalau dah sluar jean labuh tu , confirm sapu lantai baekkkk punyaa....Kotor la kan.. Baju pulak singkat nampak spender bila rukuk. Ya Allah, mereka ni tau ke tak sembahyang mereka tu adalah diragui sah atau tidak? Pastu yang bersembang takyah cakaplah...pok pek pok pek mengalahkan kat kedai makan sembang dieee...

Ayah aku penah citer, sebelum masuk masjid, tengok diri kita dulu, pakaian kita...ilmu kita... Apa maksudnya?

Macam ni, kalau stakat kita pakai kemeja ngan sluar slack tu, takyah la duk blakang tok imam... Bagi laluan pada mereka yang berpakaian indah, sama ada berjubah dan berserban, atau yang berbaju melayu dan kain pelikat, dalam erti kata lain, orang pandang pon best je... Mengenai ilmu, kalau stakat abis ilmu pendidikan islam zaman skolah dan unibersiti takyah la duk rapat blakang tok imam lagi.... Bagi laluan pada mereka yang kuat beribadah, kuat amalnya, imannya...Tu sebab tengok pakaian dulu, tau dah macam mana watak nye duk saf hampir dengan tok imam...Kalau saf depan penuh ngan hamba Allah yang kuat amalnya, barulah jemaah sempurna... Jadi fikir-fikirkan lahhhhhhhh...

Sebelum penutup, takyah la komen pasal pakaian ni bagitau kita akhlak dorang ke...Sebab benda ni dalam masjid..Rumah Allah...bukan kat paso malam, atau kat dalam tv yep....

Sekian.

0 comments:

Post a Comment

 
----------------------------- -----------------------------