ROKOK ELEKTRONIK BAHAYA? - PERCANGGAHAN ANALISA

Makin panas isu berkenaan rokok elektronik @ e-cig sejak akhir-akhir ini. Bagaimanapun terdapat pelbagai isu tidak dijelaskan dengan nyata mengapa ia tidak dibenarkan penjualanya.

1. Terdapat komen dari berita TV9  mengatakan bahawa kandungan perisa yang digunakan tidak berbahaya. Bagaimanapun berita tv 3 menyebut kandungannya berbahaya.

 Sedutan Berita TV 9

 Sedutan Berita TV 3

2. Rokok elektronik hanya mengandungi 4 bahan kimia dan secara langsung diisytihar bahaya kepada penghisap dan orang sekeliling. Bagaimanapun rokok sebenar mengandungi 4000 bahan kimia dan amat memudaratkan hingga dicetak gambar kanser dan barah di kotak rokok berkenaan, tetapi masih dibenarkan penjualannya?

3. Tiada kajian telus dijalankan untuk mengenal pasti tahap risiko pengguna rokok elektronik, langsung diisytihar tidak selamat. Bagaimanapun, kajian telah dijalankan kepada rokok sebenar dan memang diisytihar bahaya, tetapi masih tidak diharamkan penjualannya?

4. Rokok elektronik tidak termasuk dalam senarai cukai negara, langsung diisytihar bahaya dan tidak boleh dijual. Bagaimanapun rokok sebenar adalah melalui cukai negara dan masih lagi berbahaya, tetapi tidak diharamkan penjualannya?

5. Rokok elektronik boleh mengurangkan atau mengikis tabiat perokok tegar, langsung juga haram penjualannya. Bagaimanapun, kadar mahu berhenti rokok sebenar tidak pernah dikaji, malahan makin bertambah bilangan perokok tegar, tetapi masih juga tidak diharamkan penjualannya?

6, Akhir sekali, perisa rokok elektronik dikatakan tidak didaftarkan kepada kementerian kesihatan,dengan tiada kajian dan fakta bahaya perisa berkenaan, langsung diharamkan. Bagaimanapun, kadar bahan didalam rokok sebenar yang mengandungi 4000 bahan kimia, telah melepasi kebenaran kementerian tersebut? Bagaimana mungkin 4000 bahan kimia ini diluluskan dan tidak disekat penjualannya?

7. Fakta paling mengelirukan, rokok elektronik adalah tersangat bahaya dan diharamkan penjualannya, tetapi rokok sebenar tidak diharamkan penjualannya. Bermaksud rokok sebenar tidak berbahaya jika dibandingkan dengan rokok elektronik???????


Perkara di atas perlu dirungkai dan dianalisa terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan pengguna rokok elektronik yang setakat ini masih belum terbukti memudaratkan seperti dalam kenyataan berita tv 3 di penghujung analisanya.

Jika kandungan perisa belum dikaji keseluruhannya, maka kajilah ia dan bertindak secara profesional berdasarkan fakta, bukan kerana kandungannya tidak didaftarkan.

Dengan tindakan tidak membenarkan memiliki rokok elektronik ini, ia menjadi isyarat kepada perokok supaya jadilah semula perokok tegar dan mula membeli rokok sebenar di kedai-kedai kerana ia tidak membahayakan seperti rokok elektronik ini?

Sekian terima kasih.

3 comments:

Rokok Elektrik said...

rokok elektrik itu ibarat anak tiri yang bukan menjadi perhatian khusus bagi pemerintah. :)

MZ HOMESHOP said...

Wah, Rokok elektrik itu bahaya tidak ya?

Naura Nazhifa said...

Katakan tidak pada rokok

Post a Comment

 
----------------------------- -----------------------------