Bersyukur Dengan Apa yang Ada

Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki sekarang.

Sesungguhnya, jika diberi rezeki yang melimpah, ada ujiannya dari Allah S.W.T.
Yang diberi rezeki sekadar cukup untuk kehidupannya, ada juga ujiannya dari Allah S.W.T.
Tapi yang pasti, sesungguhnya ujian kepada mereka yang menerima rezeki yang melimpah, pasti berbeza dari yang sekadar cukup sahaja.

Oleh itu, bersyukurlah kita. Berhati-hatilah ketika meminta dari Allah S.W.T. kerana takut kelak, diuji dengan apa yang diminta.

Jika meminta akan sifat kesabaran,
Kelak diuji dengan kesulitan.

Jika  meminta akan kesihatan,
kelak diuji dengan kesakitan.

Jika meminta akan kekayaan,
kelak diuji dengan kemiskinan.

Jika meminta akan kejayaan,
kelak diuji dengan kegagalan.

Oleh yang demikian,
Bersyukurlah kamu dengan apa yang telah diberikan,
Kerana bimbang, takut berlaku kekufuran.

Astaghfirullahaladzim......



 
----------------------------- -----------------------------