Isteri (Rakan Vs Suami)

Wahai wanita yang bergelar ISTERI :-

1. Di depan rakan-rakan mu, kamu beperwatakan Lembut, Ayu, bersopan santun dan mengenakan pakaian serta perhiasan yang cantik-cantik.

    Tetapi,

    Di depan suami mu, kamu menjadi ego, meninggikan suara, dan bermasam muka, memakai pakaian yang sudah tidak elok dan lusuh sahaja.

2. Jika rakan-rakan membuat kesilapan kecil (lambat pegi makan, kena tunggu rakan bershopping), kamu  mendiamkan diri, memendam perasaan, dan terus senyum sahaja.

    Tetapi,

    Jika suami membuat kesilapan kecil (lambat balik kerana urusan kerja, terlupa membeli sesuatu), kamu marah suami mu, merajuk, tidak masak makanan malam, bermasam muka dan tidak melayani suami mu.

3. Jika rakan-rakan menegur tingkah-laku mu, kamu meng iyakan sahaja dan berusaha untuk senyum, dan     juga berterusan rapat dengan nya.

    Tetapi,

    Jika suami mu menegur mu (itupun kerana bimbang isteri berlaku dosa terhadap Allah S.W.T), kamu memalingkan muka mu, tidak mahu mendengar, menganggap suami mu tidak layak berceramah, menjawab teguran dengan nada yang kurang sopan, langsung tidak takut pada suami mu.

4. Jika rakan-rakan menelefon mu, kamu berusaha untuk mengangkatnya walaupun sedang mandi. Walhal kamu tahu urusannya tidak penting.

    Tetapi,

    Jika suami mu menelefon (mungkin di tempat kerja atau berada di luar rumah), kamu tidak mempedulikan sahaja (maklum la ringtone dah set lain, jadi dah tahu siapa yang telefon).

5.  Jika rakan-rakan mengajak mu ke shopping complex (walhal sudah tahu jalan nya sesak), kamu tetap ingin menemaninya kerana takut rakan kecil hati jika tidak memenuhi niatnya.

     Tetapi,

     Jika suami mengajak ke sesuatu tempat, banyak sahaja alasanmu. Tambahan pula, sanggup bertikam lidah, meninggikan suara terhadap suami dan berlaku biadap terhadap nya.

6.  Jika rakan-rakan mu meminta kamu menjadi rakan kongsi perniagaan, kamu sanggup mengeluarkan duit beratus-ringgit walaupun tidak tahu status kestabilan perniagaan terbabit.

     Tetapi,

     Jika suami mu meminta duit dengan niat untuk di simpan agar kamu tidak berlaku boros, kamu tidak mempercayainya, malah meraguinya. Kamu juga mengungkit-ngungkit duit yang dibelanjakan suami mu (walhal suami mu berusaha untuk berjimat cermat).

7.  Jika rakan-rakan mu memberikan pendapat, kamu bersetuju dengan penuh keyakinan walaupun sumbernya tidak diketahui kesahihannya.

     Tetapi,

     Jika suami mu memberi pendapat, kamu berkata pendapat itu tidak berguna, salah, seperti ketam mengajar anaknya berjalan. Semuanya kamu katakan sebagai bahan lawak sahaja.

Kesimpulannya:-

Wahai Si Isteri, sebelum berkahwin, ibu bapa, serta abang-abang mu bertanggung jawab memikul sebahagian dosa yang dilakukan oleh mu. Selepas berkahwin, Suami mu memikul sebahagian dosa yang dilakukan oleh mu. Mengerti kah kamu dosa apa yang dipikul oleh Suami mu itu.

Iaitu, dosa yang jika suamimu tidak menegurmu dahulu (kerana bersifat jahil) bahawa perbuatan itu adalah salah di sisi Islam. Jika telah ditegur, maka dosa itu kamu yang menanggungnya. Perlukah suami mu berlaku zalim terhadap mu dahulu (melayangkan tangan ke muka mu, melibas kaki ke perutmu) kerana ingin menegur kesilapan kamu.

Jangan di ingat ALLAH S.W.T itu bersifat buta, kerana DIA sesungguhnya MAHA MENGETAHUI apa yang dihadapan mu, dan apa yang di belakang mu.

Sejarah Islam mengatakan, terdapat juga Isteri para nabi yang berlaku derhaka terhadap suaminya. Adakah mampu Si isteri terbabit mengheret suaminya ke Neraka. Jawapannya, Tidak!.

Janganlah kamu berlaku derhaka terhadap suami mu, kerana Syurga mu terletak di bawah tapak kaki Suamimu, bukan ibu bapa mu. Mungkin sekarang kamu mempunyai Ibu Bapa yang masih boleh menjagamu, tetapi bukan menanggung malu akibat perbuatan mu (Ibu bapa tidak pandai mendidikan anak).

Sekian....

(P/s: ketika Si Isteri membaca artikel ini, pasti mereka mencebikkan muka dan berkata... "Elehhhhhhh"......)
 
----------------------------- -----------------------------