Bersyukur Dengan Apa yang Ada

Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki sekarang.

Sesungguhnya, jika diberi rezeki yang melimpah, ada ujiannya dari Allah S.W.T.
Yang diberi rezeki sekadar cukup untuk kehidupannya, ada juga ujiannya dari Allah S.W.T.
Tapi yang pasti, sesungguhnya ujian kepada mereka yang menerima rezeki yang melimpah, pasti berbeza dari yang sekadar cukup sahaja.

Oleh itu, bersyukurlah kita. Berhati-hatilah ketika meminta dari Allah S.W.T. kerana takut kelak, diuji dengan apa yang diminta.

Jika meminta akan sifat kesabaran,
Kelak diuji dengan kesulitan.

Jika  meminta akan kesihatan,
kelak diuji dengan kesakitan.

Jika meminta akan kekayaan,
kelak diuji dengan kemiskinan.

Jika meminta akan kejayaan,
kelak diuji dengan kegagalan.

Oleh yang demikian,
Bersyukurlah kamu dengan apa yang telah diberikan,
Kerana bimbang, takut berlaku kekufuran.

Astaghfirullahaladzim......



5 comments:

Reyha said...

owhhh maknanye encik ni xpernah la berdoa semua kat atas 2 yea.. hmm kadang2 kita ni kena berguru dgn yg lebih arif. bkn pakai otak sdiri je ataupun intenet semate!

Reyha said...

xkan la mase belajar dulu xpernah berdoa tiap kali nak exam. mesti berdoa mintak kejayaan kan. xpenah ke doa mintak ibu bapa sihat walafiat? ishh ishh ishh...

KERTAS A4 BLOG said...

wahai cik puan reyha, saya tidak kata doa semua kat atas itu salah.. Takdaq tulis pon. Saya kata hati-hati. Saya bukan pakai otak kerana semua makhluk ataih bumi ada otak.. Saya pakai akal dan hati.. Puan tak penah dengaq kaa ayat ni " ingatlah kamu 5 perkara sebelum datang 5 perkara"
Jadi adakah jika puan berdoa yang 5 perkara tu, takkan datang 5 perkara kemudian... ingat ya puan.. jangan pakai otak saja naa...

Reyha said...

elehhh..xyah nak tazkirah kat sini laaa... pooorahhhhh!!! bangkang laaa klu rase nak makan roti john seminggu!!!!

E'in said...

alhamdulillah syukur.. :)

Post a Comment

 
----------------------------- -----------------------------