Amalkanlah Ayat Ini

Assalamualaikum

Ini adalah posting original dari aku sendiri (Kertas A4). Bukan copy paste dari mana-mana pihak.

Pesanan ku kepada saudara seagama ku, amalkan lah Ayat Kursi (Surah Al-Baqarah ayat 255) setelah selesai sembahyang solat fardhu (sebelum atau selepas doa).


Sila memahami setiap makna ayat tersebut seperti mana di atas. Tak susah nak hafal makna. Telah 1 tahun aku mengamalkan surah ini, iaitu setiap hari dan setiap solat fardhu. Alhamdulillah, Allah S.W.T memperlihatkan kekuasaan-Nya yang meliputi langit dan bumi. Tujuan aku berkongsi ialah, inilah salah satu bekalan yang akan ku bawa ke akhirat kelak, ilmu yang diajar dan diamalkan oleh orang lain.

Anda akan diduga untuk sentiasa kekal mengamalkan surah ini (aku takleh terangkan bentuk dugaan, korang buat, baru korang tau dugaan tersebut). Tapi yang amat pasti, dugaan tersebut tidak lain dan tidak bukan, hasutan dan bisikan Syaitan Laknatullah. Aku yakin, korang pasti dapat mengekalkan amalan ini dan Insya Allah, korang akan dapat merasakan apa yang aku rasa... Mungkin lagi lebih dari aku.. Allah itu Maha Berkuasa.

Amalkanlah dan sebarkanlah jika anda yakin pada Kitabullah...Al-Quran Nur Karim...Insya Allah....
Mari lah sama sama kita buat Syaitan membenci kita... bukan menyayangi kita...

17 comments:

D'China Store said...

nice sharing bro..

KERTAS A4 BLOG said...

@Encik Luncai... sharing = akhirat :p

Hani Shaklee said...

insyaAllah..aku akan cuba amalkan..info yg bagus nie..hehe..

a.samad jaafar said...

bagus geng.. t kasih berkongsi sesuatu yg baik dan tinggi nilainya.. teruskan mhasilkan n3 sebegini..

fiqas said...

perkonsian yang bagus... menyedarkan yang lalai...

Bunga said...

satu perkongsian yang bags..

Nora Shahaira said...

alhamdulillah..amalan hingga dodoikan anak..memg byk manfaatnya..bagus ya..

KERTAS A4 BLOG said...

@Waaalllaaa!.. Bagus bagus.. amalkanlah :)

@a.samad jaafar... Insya Allah akan meneruskan perjuangan ini :)

@Fiqas.... biar tersedar dari tersungkur hehe :)

KERTAS A4 BLOG said...

@Bunga... Mekasih.. apa yang boleh dikongsi kita kongsi :)

@Kak Nora... mekasih... nanti nak try dodoi anak jugak hehe :)

Noor Aishah said...

bagus dikongsi.. Ayat Kursi mmg byk hikmahnya..

Nora Shahaira said...

errr.....dah 3 hari tak nampak..bz ke...

KERTAS A4 BLOG said...

@Noor Aisah.. yeeaa betullll!

@Kak Nora... ha ah.. busy sket ngan kojeee nii hehehe :p

استاذة ليلا said...

waah. suka ntry nih!
sy jrang baca tiap kali abis solat.
jz pagi n ptang dlm ma'thurat jek~
tuh pon kdang2 lupa..
humm.nak lah try amalkan tiap kali pas solat! :)

KERTAS A4 BLOG said...

@Princess Laila... tu la antara godaan syaitan dan iblis laknatullah seperti yang disebut di dalam entry ini.. mereka akan berbisik kepada kita agar lupa atau malas membuat amalan ini :)

bee2312 said...

insyaallah, allah permudahkan segala urusan kita. tanda kita tak lupa DIA dgn mengamalkannya..kalu tak silap masa sekolah dulu ustazah ckp kalu lepas solat bc alfatihah da ayat kursi, dosa kecil pun terhapus.wallahuallam..

KERTAS A4 BLOG said...

@bee2312... kalau nak cerita kebaikan membaca dan menghafal ayat kursi ni, memang tak terkira banyaknya.. Hanya Allah S.W.T yang Maha Mengetahui :)

Zafir said...

Pengalaman aku mmg dahsyat ah...bc ayat kursi lepas isyak, bunyi menda tergolek atas syiling, suara org berdehem tepi tingkap bilik aku, lembaga hitam dok pening2 lalat depan sejadah...mmg gegiler ah...bulu roma dah kompem remang dah...haha

Post a Comment

 
----------------------------- -----------------------------