Syaitan? Iblis? Jin?

KertaS A4 nak menulis lagi heheee...maklumla da lame tinggal blog ni....dalam kelamaan tu berbagai-bagai ilmu diperolehi....jadi nak kongsi sedikit sebanyak...

Kali ni nak citer pasal makhluk selain manusia ni...Rata-rata tanah rata cameron highland.....eh...ape aku merepek ni....hehe....Rata-rata orang confuse siapakah makhluk ni.... Sebenarnya keseluruhan makhluk-makhluk tersebut berasal dari satu iaitu syaitan. Mereka amat taat kepada perintah Allah S.W.T sebelum kejadian Nabi Adam A.S. Setelah kejadian Nabi Adam A.S., syaitan ini telah ingkar akan perintah Allah S.W.T agar tunduk menghormati Nabi Adam A.S (ada verse kata sujud sebagai tanda hormat kerana sujud sebenar keseluruhan makhluk hanya kepada Allah S.W.T) maka mereka dilontar ke bumi.


Semasa dalam proses kejatuhan syaitan ke bumi, jisim/jasad/(wateva pemahaman koranglah) syaitan tersebut telah berpecah kepada 2 iaitu Syaitan dan Jinn. Makhluk bernama Jinn ini terdiri dari 2 golongan iaitu Jinn Islam dan Jinn Kafir, manakala Syaitan hanya terdiri dalam 1 golongan sahaja iaitu Kafir.. Terapi di dalam syaitan adanya pangkat-pangkat dan ketua-ketua, yang mana pangkat Iblis adalah salah satu darinya.

Kenapa Syaitan berpecah 2? Ikutkan pemahaman Kertas A4, kita berbalik kepada asal-usul mereka sebagai taat kepada perintah Allah S.W.T. Ini bermakna sebahagian dari sifat asal Syaitan adalah taat, manakala sebahagian lagi derhaka. Oleh kerana derhaka telah melebihi sifat taat, maka Syaitan dengan angkuh melanggar perintah Allah S.W.T lalu dicampak ke bumi. Allah S.W.T Maha Esa dengan memberi limpah kurnia di mana sebahagian kecil sifat taat tersebut ditukar kepada bentuk Jinn Beragama Islam.

Kalau anda perasan, kalau perasan lah, kita digalakkan membaca  membaca A'uzubilla hi minas SYAITONirrajimmmmm sebelum memulakan bacaan Al-Quran, di dalam awal bacaan dalam sembahyang atau di mana-mana sahaja. Ini menunjukkan penekanan bahawa Syaitan adalah makhluk induk, bukannya Iblis. Banyak sekali Kertas A4 dengar  mengatakan syaitan ditugaskan untuk menyesatkan umat manusia... Ini adalah Salah!... Sape yang memberi tugasan ni? No No nooo.....Sebenarnya syaitan memohon penangguhan perlaksanaan hukuman dari Allah S.W.T dengan alasan ingin menguji umat Nabi Adam A.S dengan kesesatan. Bukan ditugaskan. Tetapi Syaitan sendiri yang mohon.

Allah S.W.T di atas pengetahuan-Nya yang meliputi Langit dan Bumi membenarkan penangguhan tersebut sehingga hari kiamat kerana Dia Maha Mengetahui (Maknanya korang jangan memandai nak buat pemahaman sendirik). Jadi minta tolonglah paham, mane ade syaitan ditugaskan untuk menyesatkan umat Nabi Adam A.S.. Itu adalah kemahuan mereka sendiri. Kalau Ketua syaitan yang menugaskan baru lah betul.

Iblis ni lebih menjurus kepada syaitan pangkat tinggi. Macam Ifrit. Pernah diceritakan, syaitan yang tidak berjaya menyesatkan Umat Nabi Adam A.S akan dilanyak serta dibantai oleh Ifrit ini. Kira macam ketua gengster la, kalau anak buah tak wat kerja, dibantai nye anak buah tu hehe...Syaitan ni strategi die adalah melalui bisikan. Bukan sampokan atau rasukan yep. Biasa yang menyampok atau merasok ini adalah dari kategori Jinn. Sebab tu Ustad-Ustad yang mengubati mereka yang dirasuk ni kadang-kadang suruh makhluk yang merasuk tu masuk Islam, kalau tak sembelih. Tapi biasa la orang malas nak sebut, die panggil nye setan setan....padahal Jinn. Mane de syaitan masok Islam bebbbbbb! Sedangkan dengan Allah S.W.T pon dorang boleh menderhaka, inikan pulak nak ikut kate manusia. Perlu diingat, Syaitan bukan takut pada manusia, syaitan takut pada ketakwaan, keimanan, ketauhidan manusia terhadap Allah S.W.T. Kalau hangpa tunjuk parang takkan syaitan nak lari kuttt..... Kalau hangpa baca ayat Kursi/ Al-Quran dengan sempurna baru depa lari bebb..

Hui...kalau diikutkan panjang lebor lagi nak tulis ni....kalau minat nak tau lagi selanjutnya, sila kabo ke ambo...nanti ambo sambung hhehehehe...Ape-Ape pon, untuk lebih kefahaman sile lah merujuk kepada Al-Quran, atau bertanya kepada Ustad dan Tok Imam yang anda yakini. Tima Kasey!

1 comments:

Unknown said...

Pls continue. ..

Post a Comment

 
----------------------------- -----------------------------