MaKanAn HaLaL ataU HaRam Part 1

Kertas A4 nak berkongsi sedikit pandangan berkenaan dengan food court yang ada kat MalaYsia ni. Tambah-tambah dekat shoPping Complex yang BeSar lagi PopuLar.

Kebanyakan orang sekarang hanya memandang kepada bahan yang digunakan dalam masakan bagi menentukan halal/haram makanan/minuman tersebut. Tak kira Cina/India/mat saleh yang masak, asalkan tiada Khinzir/anjing/benda alah haram lain, mereka pon kata makanan tu halal laaaa... Dalam konteks pemahaman Kertas A4, makanan haram kat sini ditujukan kepada makanan yang dimasak oleh bukan Islam, makanan yang dimasak menggunakan sumber yang haram macam duit judi, duit curi/rompak, duit yang bukan diperolehi dari cara yang halal lah dan masakan yang dimasak menggunakan alatan yang telah diguna untuk memasak haiwan-haiwan haram.

So, ape ade dengan makanan Halal/Haram ini. Jawapannya ialah kesan kepada rohani kita. Secara umum, makanan yang haram tidak memberi kesan kepada fizikal. Of course nampak sihat je jasmani, tegap, gagah perkasa, tapi dari pandangan rohani sebenarnya telah terhakis, lemah longlai dan tidak bercahaya. Kalau anda perhatikan betul-betul gelagat umat islam di Malaysia skang ni, dengan kes penceraiannya...kes bunuhnya...kes rogolnye...kes deranye...macam-macamlah...tahukan anda puncanya berpunca dari pemakanan.

Pemakanan dari sumber haram menyebabkan hati menjadi bebal, otak tak leh nak pikir (wah..kasor sungguh bahasa..hehe). Kita tengok zaman sekarang, isteri-isteri sudah tidak menghormati suami, tidak takut kepada hukum yang ditetapkan di dalam Al-Quran, suami pula dengan kes penderaan dan pembunuhan isteri dan anak-anak, remaja pula dengan keasyikan hiburan terlampau. Sistem pemakanan yang tidak halal telah mem block pemikiran dan gerak hati manusia dari bertindak berlandaskan hukum syarak.

Ade sesetengah orang perasan bahawa orang-orang tua mereka tidak gemar untuk makan di restoran. Mereka lebih gemar jika isteri/menantu yang masak. Ini kerana mereka menyedari bahawa sumber bahan mentah yang diguna oleh restoran tidak diketahui  halal/haramnya. Mereka tahu bahawa makanan akan menjadi darah dan daging, baiknya sumber makanan maka baiklah rohani mereka.

Kalau diikutkan banyak lagi nak tulis, tak puas hati lagi hehehehe.... Tapi kesimpulannya, roh anda bergantung pada sistem pemakanan anda. Halalnya pemakanan anda, maka sihatlah rohani anda. Nanti akan bersambung lagi hehe...Terima Kasey!

2 comments:

ReyhaEphyra said...

ahahaahaa...ala kalau yg mkn minum dijaga tapi waktu solat tak terjaga camne plak ya ustazzz?

KERTAS A4 BLOG said...

tak pernah dengor lagi tuu... Kalau makan minum terjaga maksudnya orang tu menjaga perihal agama Islam, menjaga rohani nyer... Mesti ade something wrong somewhere tuu...orang tu mesti makan kat restoran tak brape halal tuuuuu....

Post a Comment

 
----------------------------- -----------------------------