Amalan Setiap Malam Jumaat

Assalamualaikum

First of all, terima kasih kepada korang semua di atas komen yang diberikan kepada entry sebelum ini (Amalkanlah Ayat Ini ). AKu harap korang akan senantiasa mengamalkannya.. Insya Allah.

Amalan seterusnya yang ingin aku kongsi ialah Bacalah Surah Yaasin di malam Jumaat dan amalkanlah selalu di malam tersebut. Sekali lagi, ini adalah original posting aku (Kertas A4) dan bukannya copy paste dari mana-mana pihak.


Kenapa kene baca malam tersebut?

Biasanya orang kaitkan bacaan Surah Yaasin malam Jumaat adalah bertujuan untuk disedekahkan kepada Saudara Mara atau Ahli Keluarga kita yang telah kembali ke sisi Allah S.W.T. Ini adalah betul dan tepat. Tetapi aku sarankan agar korang menambahkan niat untuk disedekahkan kepada mereka-mereka di bawah ini sebelum memulakan bacaan surah Yaasin di Malam Jumaat (Biasanya selepas Solat Maghrib). Antaranya ialah:

1. Nabi Muhammad S.A.W dan ahli keluarganya
2. Nabi Ibrahim A.S dan ahli keluarganya
3. Nabi-nabi dan Rasul-Rasul sebelum Nabi Muhammad S.A.W dan ahli keluarga mereka
4. Kepada Para Malaikat-malaikat
5. Kepada para Sahabat Nabi Muhammad S.A.W
6. Kepada Roh-Roh yang syahid di jalan Allah S.W.T
7. Kepada Roh Moyang, Datuk dan Nenek kita
8. Kepada Roh Ibu dan Bapa kita (Jika mereka telah meninggal)
9. Kepada Roh ahli keluarga kita (Jika mereka telah meninggal)
10. Kepada Roh Saudara Mara kita
11. Kepada Roh Guru-guru kita
12. Kepada Roh Rakan-rakan kita
13. Kepada Roh kaum muslimin dan Muslimat
14. Lastly dengan harapan mereka semua dirahmati oleh Allah S.W.T

Kenapa Nabi Muhammad S.A.W dan Nabi Ibrahim A.S didahulukan?

Seperti mana tahyat awal dan tahyat akhir kita di dalam solat, dimana kita berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W dan juga Nabi Ibrahim A.S.

Antara kelebihan yang baik untuk korang yang membaca Surah Yaasin pada malam Jumaat ialah, Insya Allah korang akan selamat untuk tempoh waktu 1 minggu sebelum tiba malam Jumaat seterusnya. Jangan tanya aku selamat dari aspek apa, kerana itu adalah di bawah Pengetahuan Allah S.W.T. Aku hanya boleh memberitahu setakat itu sahaja. Kita amalkan, Insya Allah, Allah S.W.T menentukan.

Janji Allah S.W.T itu pasti berlaku dan benar!

Sekian, selamat beramal dan sampaikanlah kepada saudara seagama kita yang lain. Insya Allah.

10 comments:

PinKy MoMMa said...

wah bgs lar sentel nih ;p
gud info bro..

Hani Shaklee said...

bagus la abe kito nie..hehe..meh pakat baco yasin blako..

fiqas said...

perkongsian yang cukup bagus ... terima kasih..

Bunga said...

satu perkongsian yang amat bermakna..tq..

Nora Shahaira said...

memang ayat-ayat Allah turunkan semuanya bermakna dan berguna. Ingat, kalau dalam diri kita ada Al-quran, pasti api neraka tidak menyentuhi kamu..wallahualam..insyaAllah..

sekadar satu coretan said...

tima kasih dgn info ni...saling ingat mengingati...

kadang2 kite ni manusia mudah terlupe...

KERTAS A4 BLOG said...

@Pinky Momma... hehe mekasihhh.. Sentellll! :p

@Waalllaa... maghi rama rama pakat baco :p

@Fiqas... mekasih.. semoga dapat dimanfaatkan :)

KERTAS A4 BLOG said...

@Bunga... mekasihhh.. semoga diamalkan :)

@Kak Nora... Insya Allah begitu lah diharapkan :)

@Ainnoraini... itulah tugas kita sesama saudara kita.. saling mengingati antara satu sama lain :)

LiFe KaMi said...

bagus amalan membaca surah yassin ni..
kalau dibaca selalu lagi bagus..:)

KERTAS A4 BLOG said...

@LIFE KAMI... betul tu.. kalau hari hari baca lagiiiii bagussss! :)

Post a Comment

 
----------------------------- -----------------------------