Kertas A4 ingin berkongsi mengenai peralihan zaman seperti tajuk di atas.. Benarkah zaman-zaman tersebut wujud? Jenggg jenggg jenggggggg!!!!
Pada pendapat Kertas A4, zaman-zaman tersebut hanya rekaan barat semata-mata bagi mengaburi mata umat Islam mengenai sejarah kejadian manusia. Tahukah anda dalam Islam, Nabi Adam A.S adalah manusia pertama yang dicipta oleh Allah S.W.T diikuti Hawa. Pada pendapat anda, adakah Nabi Adam dan Hawa tidak mempunyai bahasa seperti yang digambarkan dalam zaman purba tersebut? Tahukah anda di dalam syurga, Nabi Adam berinteraksi dengan Allah S.W.T dan juga dengan para malaikat dan makhluk-makhluk lain dengan menggunakan bahasa. Jadi logikkah adanya zaman tanpa bahasa???? Duk ukk ahhh ukk ahh uk ahh je..
Pada zaman purba juga manusia dikatakan tak reti memilih makanan, main cium bau pastu bantai ajerr... Tahukan anda, setelah Nabi Adam A.S dan Hawa diturunkan ke bumi atas perihal melanggar perintah Allah S.W.T, mereka telah hidup berkeluarga dengan dikurniakan 4 orang anak, 2 laki-laki dan 2 perempuan. Lupakah anda kepada peristiwa Habil dan Qabil (Putera Nabi Adam A.S) ketika mereka diperintahkan untuk memberikan korban kepada Allah S.W.T bagi menentukan siapakah yang layak mengahwini puteri Nabi Adam A.S yang lebih cantik. Habil telah memberi korban dari hasil penternakah berupa seekor Kibas/Kambing yang sihat manakala Qabil memberi korban dari hasil pertanian berupa Gandum yang telah busuk.
Adakah anda telah sedar atau belom? Belom? mari Kertas A4 sambung lagi hehe... Dari peristiwa torsobut jelas menunjukkan bahawa sistem penternakan dan pertanian telahpon wujud sejak zaman Nabi Adam A.S lagi. Kambing dan Gandum telahpon menjadi sumber makanan manusia paling awal di atas muka bumi ini. Jadi bagaimana boleh wujudnya zaman purba tersebut....Zaman yang dikatakan manusia tidak mengenali makanan, tiada sistem hidup, tiada sistem berkeluarga, tiada bahasa..... Adakah anda ingin mengatakan bahawa zaman purba tersebut wujud setelah zaman Nabi Adam berlalu...Wooo...come one lahh... Takkan tetibe manusia jadi bengap takde sistem lak sedangkan semuanya dari keturunan Nabi Adam A.S. Zaman yang telah ada bahasa, sistem pertanian, sistem berkeluarga, dan penyambungan susur galur kenabian dan kerasulan. Sedarlah anda semua telah termakan dakyah ngokngek barat. Tambah-tambah teori Darwin, manusia beghuk....hehe...
Ade lak terbaca dalam internet itu hari, die kate wujudnya Beberapa Nabi Adam A.S sebelum Nabi Adam A.S yang terakhir. This is totally nonsense, mengarut! Di dalam Al-Quran telah dijelaskan bahawa Nabi Adam adalah manusia pertama dicipta oleh Allah S.W.T diikuti hawa. Pertamaaa! Bukan ke 2, ke 3 ataupon ke 100. Ini takde lain dan takde bukan, kerja-kerja mereka yang ingin menyesatkan umat Islam. Harap anda semua tidak percaya dengan dakyah wujudnya beberapa Nabi Adam A.S ini... Innalilla hi Wa Inna Ilaihi Rojiun....
Akhir sekali, Kertas A4 harap pembaca sedar dan memahami kedudukan kita sebagai manusia beragama Islam. Kita ada Al-Quran dan As-Sunnah, yang mana apabila kita rase tak jelas, maka rujuklan 2 sumber utama ini. Insya Allah, selamat! Terima Kaseyy!
Lama tak menulis
3 years ago
0 comments:
Post a Comment