ROKOK ELEKTRONIK BAHAYA? - PERCANGGAHAN ANALISA

Makin panas isu berkenaan rokok elektronik @ e-cig sejak akhir-akhir ini. Bagaimanapun terdapat pelbagai isu tidak dijelaskan dengan nyata mengapa ia tidak dibenarkan penjualanya.

1. Terdapat komen dari berita TV9  mengatakan bahawa kandungan perisa yang digunakan tidak berbahaya. Bagaimanapun berita tv 3 menyebut kandungannya berbahaya.

 Sedutan Berita TV 9

 Sedutan Berita TV 3

2. Rokok elektronik hanya mengandungi 4 bahan kimia dan secara langsung diisytihar bahaya kepada penghisap dan orang sekeliling. Bagaimanapun rokok sebenar mengandungi 4000 bahan kimia dan amat memudaratkan hingga dicetak gambar kanser dan barah di kotak rokok berkenaan, tetapi masih dibenarkan penjualannya?

3. Tiada kajian telus dijalankan untuk mengenal pasti tahap risiko pengguna rokok elektronik, langsung diisytihar tidak selamat. Bagaimanapun, kajian telah dijalankan kepada rokok sebenar dan memang diisytihar bahaya, tetapi masih tidak diharamkan penjualannya?

4. Rokok elektronik tidak termasuk dalam senarai cukai negara, langsung diisytihar bahaya dan tidak boleh dijual. Bagaimanapun rokok sebenar adalah melalui cukai negara dan masih lagi berbahaya, tetapi tidak diharamkan penjualannya?

5. Rokok elektronik boleh mengurangkan atau mengikis tabiat perokok tegar, langsung juga haram penjualannya. Bagaimanapun, kadar mahu berhenti rokok sebenar tidak pernah dikaji, malahan makin bertambah bilangan perokok tegar, tetapi masih juga tidak diharamkan penjualannya?

6, Akhir sekali, perisa rokok elektronik dikatakan tidak didaftarkan kepada kementerian kesihatan,dengan tiada kajian dan fakta bahaya perisa berkenaan, langsung diharamkan. Bagaimanapun, kadar bahan didalam rokok sebenar yang mengandungi 4000 bahan kimia, telah melepasi kebenaran kementerian tersebut? Bagaimana mungkin 4000 bahan kimia ini diluluskan dan tidak disekat penjualannya?

7. Fakta paling mengelirukan, rokok elektronik adalah tersangat bahaya dan diharamkan penjualannya, tetapi rokok sebenar tidak diharamkan penjualannya. Bermaksud rokok sebenar tidak berbahaya jika dibandingkan dengan rokok elektronik???????


Perkara di atas perlu dirungkai dan dianalisa terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan pengguna rokok elektronik yang setakat ini masih belum terbukti memudaratkan seperti dalam kenyataan berita tv 3 di penghujung analisanya.

Jika kandungan perisa belum dikaji keseluruhannya, maka kajilah ia dan bertindak secara profesional berdasarkan fakta, bukan kerana kandungannya tidak didaftarkan.

Dengan tindakan tidak membenarkan memiliki rokok elektronik ini, ia menjadi isyarat kepada perokok supaya jadilah semula perokok tegar dan mula membeli rokok sebenar di kedai-kedai kerana ia tidak membahayakan seperti rokok elektronik ini?

Sekian terima kasih.

Sedekah Dan Pengorbanan

Demi ertikata Tabung Kemanusiaan,

Ada orang sanggup kehulu kehilir bersusah payah mengumpul derma,
Ada orang sanggup menjual harta peribadi,
Ada orang sanggup mengikat perut,
Ada orang sanggup melakukan kerja amal,
Ada orang sanggup berdoa siang dan malam untuk keselamatan,
Ada orang sanggup melakukan apa sahaja...

Tetapi,

Jika untuk ibu bapa mu di rumah atau di kampung,

Berapa banyak wang kamu berikan kepada mereka?
Berapa banyak tenaga kamu gunakan untuk meringankan beban mereka?
Berapa banyak usaha kamu berikan untuk menggembirakan mereka?
Berapa banyak doa kamu tadahkan untuk kemuliaan mereka?

Fikir-fikirkanlah mana yang harus diutamakan, mana yang kemudian. 

Yang jauh belum pasti dikenang.
Yang dekat terguris hati tidak tenang.

Bersyukur Dengan Apa yang Ada

Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki sekarang.

Sesungguhnya, jika diberi rezeki yang melimpah, ada ujiannya dari Allah S.W.T.
Yang diberi rezeki sekadar cukup untuk kehidupannya, ada juga ujiannya dari Allah S.W.T.
Tapi yang pasti, sesungguhnya ujian kepada mereka yang menerima rezeki yang melimpah, pasti berbeza dari yang sekadar cukup sahaja.

Oleh itu, bersyukurlah kita. Berhati-hatilah ketika meminta dari Allah S.W.T. kerana takut kelak, diuji dengan apa yang diminta.

Jika meminta akan sifat kesabaran,
Kelak diuji dengan kesulitan.

Jika  meminta akan kesihatan,
kelak diuji dengan kesakitan.

Jika meminta akan kekayaan,
kelak diuji dengan kemiskinan.

Jika meminta akan kejayaan,
kelak diuji dengan kegagalan.

Oleh yang demikian,
Bersyukurlah kamu dengan apa yang telah diberikan,
Kerana bimbang, takut berlaku kekufuran.

Astaghfirullahaladzim......



Isteri (Rakan Vs Suami)

Wahai wanita yang bergelar ISTERI :-

1. Di depan rakan-rakan mu, kamu beperwatakan Lembut, Ayu, bersopan santun dan mengenakan pakaian serta perhiasan yang cantik-cantik.

    Tetapi,

    Di depan suami mu, kamu menjadi ego, meninggikan suara, dan bermasam muka, memakai pakaian yang sudah tidak elok dan lusuh sahaja.

2. Jika rakan-rakan membuat kesilapan kecil (lambat pegi makan, kena tunggu rakan bershopping), kamu  mendiamkan diri, memendam perasaan, dan terus senyum sahaja.

    Tetapi,

    Jika suami membuat kesilapan kecil (lambat balik kerana urusan kerja, terlupa membeli sesuatu), kamu marah suami mu, merajuk, tidak masak makanan malam, bermasam muka dan tidak melayani suami mu.

3. Jika rakan-rakan menegur tingkah-laku mu, kamu meng iyakan sahaja dan berusaha untuk senyum, dan     juga berterusan rapat dengan nya.

    Tetapi,

    Jika suami mu menegur mu (itupun kerana bimbang isteri berlaku dosa terhadap Allah S.W.T), kamu memalingkan muka mu, tidak mahu mendengar, menganggap suami mu tidak layak berceramah, menjawab teguran dengan nada yang kurang sopan, langsung tidak takut pada suami mu.

4. Jika rakan-rakan menelefon mu, kamu berusaha untuk mengangkatnya walaupun sedang mandi. Walhal kamu tahu urusannya tidak penting.

    Tetapi,

    Jika suami mu menelefon (mungkin di tempat kerja atau berada di luar rumah), kamu tidak mempedulikan sahaja (maklum la ringtone dah set lain, jadi dah tahu siapa yang telefon).

5.  Jika rakan-rakan mengajak mu ke shopping complex (walhal sudah tahu jalan nya sesak), kamu tetap ingin menemaninya kerana takut rakan kecil hati jika tidak memenuhi niatnya.

     Tetapi,

     Jika suami mengajak ke sesuatu tempat, banyak sahaja alasanmu. Tambahan pula, sanggup bertikam lidah, meninggikan suara terhadap suami dan berlaku biadap terhadap nya.

6.  Jika rakan-rakan mu meminta kamu menjadi rakan kongsi perniagaan, kamu sanggup mengeluarkan duit beratus-ringgit walaupun tidak tahu status kestabilan perniagaan terbabit.

     Tetapi,

     Jika suami mu meminta duit dengan niat untuk di simpan agar kamu tidak berlaku boros, kamu tidak mempercayainya, malah meraguinya. Kamu juga mengungkit-ngungkit duit yang dibelanjakan suami mu (walhal suami mu berusaha untuk berjimat cermat).

7.  Jika rakan-rakan mu memberikan pendapat, kamu bersetuju dengan penuh keyakinan walaupun sumbernya tidak diketahui kesahihannya.

     Tetapi,

     Jika suami mu memberi pendapat, kamu berkata pendapat itu tidak berguna, salah, seperti ketam mengajar anaknya berjalan. Semuanya kamu katakan sebagai bahan lawak sahaja.

Kesimpulannya:-

Wahai Si Isteri, sebelum berkahwin, ibu bapa, serta abang-abang mu bertanggung jawab memikul sebahagian dosa yang dilakukan oleh mu. Selepas berkahwin, Suami mu memikul sebahagian dosa yang dilakukan oleh mu. Mengerti kah kamu dosa apa yang dipikul oleh Suami mu itu.

Iaitu, dosa yang jika suamimu tidak menegurmu dahulu (kerana bersifat jahil) bahawa perbuatan itu adalah salah di sisi Islam. Jika telah ditegur, maka dosa itu kamu yang menanggungnya. Perlukah suami mu berlaku zalim terhadap mu dahulu (melayangkan tangan ke muka mu, melibas kaki ke perutmu) kerana ingin menegur kesilapan kamu.

Jangan di ingat ALLAH S.W.T itu bersifat buta, kerana DIA sesungguhnya MAHA MENGETAHUI apa yang dihadapan mu, dan apa yang di belakang mu.

Sejarah Islam mengatakan, terdapat juga Isteri para nabi yang berlaku derhaka terhadap suaminya. Adakah mampu Si isteri terbabit mengheret suaminya ke Neraka. Jawapannya, Tidak!.

Janganlah kamu berlaku derhaka terhadap suami mu, kerana Syurga mu terletak di bawah tapak kaki Suamimu, bukan ibu bapa mu. Mungkin sekarang kamu mempunyai Ibu Bapa yang masih boleh menjagamu, tetapi bukan menanggung malu akibat perbuatan mu (Ibu bapa tidak pandai mendidikan anak).

Sekian....

(P/s: ketika Si Isteri membaca artikel ini, pasti mereka mencebikkan muka dan berkata... "Elehhhhhhh"......)

Kenali TRAFFICadbar - Tambah Traffic ke Blog aNda

Assalamualaikum

Skang aku nak kongsi satu penemuan yang takdelah baru sangat, cuma rasa amat berguna bagi Blogger yang berada dalam klass lower macam aku nih (hehehe).

Seperti tajuk di atas, diperkenalkan TRAFFICadbar, sebuah website yang menguruskan proses Pengenalan Blog anda kepada dunia luar selain dari Malaysia.



Selain dari itu, TRAFFICadbar  juga membantu Blog atau website anda dari segi "Traffic" atau menambah pengunjung dari serata dunia ke Blog anda. Sebagai bukti, anda boleh melihat di side "kiri" blog aku ini di bahagian "International Visitors", atau lihat gambar kat bawah ni :-

45 Negara sudah melawat Blog Kertas A4

Tambahan pula, website ini juga menyediakan servis keewangan bagi ahli yang berjaya menarik peserta baru melalui link yang disediakan. Anda berpeluang menambah pendapatan selain menambah Traffic ke blog anda. Menarik kan!


Akhir sekali, anda juga berpeluang untuk melihat website-website baru yang berdaftar bersama TRAFFICadbar . Terdapat banyaaaakkk website untuk menambah sumber pendapatan yang berdaftar. Anda berani, anda cubalah. Bab kata pepatah orang kaya internet - BERANI GAGAL!


hehehe.... tima kasih... SHaring is Caring!

 

Penipuan Dalam Perniagaan Online - Tips Mengelak

Assalamualaikum...

Dah baca tajuk kat atas... Cuba baca lagi sekali.... baca lagi.... baca lagii... baca..... hehehehhe...

Penipuan dalam perniagaan Online semakin menjadi-jadi.. Mengapa ia berlaku.. Siapakah yang silap dalam hal ini...

Sebagai permulaan, mari mengimbas kembali rentetan penipuan yang telah berlaku sebelum ini :-

http://www.hmetro.com.my/articles/PesanIPhone4sdapatberuscat/Article
http://www.hmetro.com.my/articles/2012011005010620120110050106/Article/
http://www.hmetro.com.my/articles/Lelakibelimotorgunalamanwebtertipu/Article
Itulah sedikit sebanyak penipuan dalam perniagaan Online yang berlaku dalam tahun ini... Kenapa ia berlaku:-
  1. Pembeli berasa teruja dengan harga yang ditawarkan?
  2. Pembeli tidak mempunyai asas pengetahuan membeli secara online?
  3. Pembeli tidak mempunyai masa untuk pergi mencari sendiri produk di pasaran?
  4. Pembeli tidak membuat analisa atau research sebelum membeli Online produk?
  5. dan lain-lain.....
Aku juga berpengalaman dalam membeli secara produk secara Online di dalam sebuat website.. Pertama kali melakukan pindahan duit secara Online ketika membeli produk, memang langsung tidak membuat sebarang research terhadap Penjual berkenaan walaupun khidmat Forum telah disediakan bagi membincangkan masalah Penjual-Penjual ini.

Apa yang berlaku, produk berkenaan tidak dihantar dalam masa yang ditetapkan.. Bila telefon tak angkat, sms tak jawab. Kalau e-mail pon, lepas seminggu baru jawab. Lepas baru tersedar adanya Forum didalam website berkenaan, baru aku tau bahawa Penjual berkenaan memang sentiasa bermasalah dalam memenuhi kehendak pelanggan yang telah membeli produk mereka...

Lepas mengadu dekat Admin website berkenaan, barulaaahhhh si penjual berkenaan menghantar produk ke alamat rumah,... Berpeluh tunggu baru sampaii... Tapi belum tahap ditipu lagi tuu...

Jadi kepada mereka yang ingin membeli secara Online, di bawah ini dinyatakan panduan bagi mengelak ditipu oleh Penjual yang ternyata Penipu lagi Pembohong :

  1. Jika penjual hanya menjual satu barang sahaja dan menyuruh anda memasukkan deposit sebagai duit pendahuluan, ketahuilah sesungguhnya penjual tersebut menipu. 
  2. Rekodkan salinan transaksi bank dan simpan untuk tujuan Police Report jika berlaku penipuan
  3.  Minta nombor IC penjual tersebut jika jualan mencecah ribuan ringgit.
  4. Jika penjual berkenaan mengatakan produk tersebut telah di booking dan meminta anda memasukkan duit pendahuluan sebagai syarat, ketahuilah penjual itu juga seorang penipu.
  5. Jika anda melihat harga sesuatu barang yang ternyata lebih rendah dari harga pasaran, ketahuilah bahawanya tidak ada penjual yang tidak mau untung...... Siapa yang mau jual murah-murah? 
  6. Jika anda meminta untuk melihat dahulu barang dan si Penjual memberi pelbagai alasan (sibuk lah, jauh lah, tak percaya lah), si Penjual tersebut memang menipu.
  7. Jika anda membeli di website yang memerlukan bidaan, selalunya si penjual telah di register di website berkenaan. Jadi pastikan anda membuat research di forum website berkenaan untuk mengetahui status si penjual terbabit. 
  8. Jangan membeli jika "Rate" pembeli bukan 100%. Lihat juga di bahagian comment pembeli.
  9. Banyakkan research di internet berkenaan produk yang ingin dibeli. Pastikan status harganya di pasaran. 
Di harap perkongsian idea di atas dapat membantu anda dalam melakukan urusniaga Internet.

Anda ingin berkongsi pengalaman di dalam urususan Online Business, jangan lupa Comment di ruangan ini..

Terima Kasih!

Lamanye Tak Update

Assalamualaikum 

First of all, Alhamdulillah..

Lama nye tak update blog. Thanks for visitor yang masih menyinggah blog Kertas A4 walaupon tuannya lama tak update. Many thing dah berubah... Termasuk lah kerja..

Aku da pon berenti dari tempat kerja lama yang penuh kontreversi tuh bulan 12 tahun lepas... Alhamdulillah, tempat kerja baru adalah best... Syukur kepada Allah S.W.T di atas limpah kurnia dan rezeki-Nya yang melimpah ruah. Baby pon sihat walafiat, dah nak masuk 7 bulan dah.. Pandai merangkak...

Banyak nya rakan blogger yang tak update blog.. What happen? Adakah sama macam aku.. Busy yang amat hehehhe... Anyway, tahniah buat  Blogger Ct Aja di atas perkahwinan nya yang bakal berlangsung tak lama lagi.. Inilah rezeki Allah S.W.T yang paling besar di dalam hidup kita.. Perkahwinan adalah titik mula nya kehidupan manusia yang ternyata mencabar..

Tahhniah juga buat blogger miss Blowie kerana telah mendapat Master. Beliau memang sungguh rajin menuntut ilmu... Kepada rakan blogger lain, jangan lupa tegur aku di sini... lama tak merapu dengan korang.. hehe..

Adiossss..!




 
----------------------------- -----------------------------